Pasai apa Zionis rampas semua handphones, laptop, camera dan lain | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 07, 2010

Pasai apa Zionis rampas semua handphones, laptop, camera dan lain

Aku sempat tengok rancangan 'Diluar Lingkungan' semalam yang menampilkan semua 12 orang sukarelawan Malaysia yang terlibat ditahan Zionis Israel dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Memang satu progran yang cukup menarik. Banyak maklumat yang depa sampaikan semalam termasuklah macamana cerita sebenar atas kapal masa komando Zionis Israel serang.

Depa jugak cerita satu keadaan bila salah seorang sukarelawan kita tu yang juda seorang doktor perubatan merawat komando Israel Zionis yang tercedera kena tembakan kawan sendiri.

Juga diceritakan  Israel Zionist merampas semua peralatan termasuk handphones, laptop, camera dan lainnya  Selain sebab untuk damage control mengelakkan rakaman video audio atau picture keadaan sebenar disebarkan diserata dunia dan mengeluarkan video versi mereka sendiri, ada sebab lain yang mungkin lebih penting.

Tujuan yang lebih penting adalah untuk mengorek rahsia para sukarelawan LL4G tersebut termasuk untuk mengumpulkan maklumat terutamanya berkaitan hubungan mereka dengan “sponsor” dan rangkaian mereka.

Kemungkinan besar ada banyak maklumat peribadi dan organisasi yang terkandung dalam handphones dan laptop mereka ini. Depa boleh gunakan dat-data ini untuk berbagai tujuan lain.

Dengarnya, ada sebuat syarikat Israel yg membuat perisian yg boleh membuat “profiling” individu atau organisasi dan maklumat-maklumat yang didapati dari rampasan kapal LL4G akan di“correlate”kan dengan maklumat-maklumat yg sedia ada pada mereka dan juga maklumat2 yg ada di internet seperti facebook, blog, laman2 web, phonebook, univ, company, laman2 kerajaan dan lain-lain).

Mungkin,kalau perlu maklumat yang dah lengkap tu boleh diserahkan kepada Mossad untuk tindakan lanjut termasuk untuk operasi 'confronted'.

Sebaiknya, kalau boleh aku mencadangkan disediakan satu pelan bertindak macamana cara untuk menghalang maklumat tu jatuh ke tangan musuh. Kalau perlu mungkin sampai tahap terpaksa peralatan tu dimusnahkan 'total'.

Nota kaki makan cekam:  Yang menariknya, semuatahanan tu dibawa ke sebuah penjara baru, cernim muka dalam toilet pun belum bukak plastik lagi. takut terdedah suasana dalam perjara di Israel yang sebenar.
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...