Selangor dalam proses tutup semua premis judi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 29, 2010

Selangor dalam proses tutup semua premis judi

Harakahdaily melaporkan:
SUBANG, 28 Mei: Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan tidak membenarkan premis-premis miliknya terus digunakan untuk aktiviti perjudian setelah lesen premis berkenaan tamat. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata, mesyuarat Exco telah membuat keputusan tersebut.

Katanya, premis milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan dikembangkan untuk aktiviti perjudian apabila lesennya tamat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita bahawa tiga PBT di negeri ini tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport, anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp. - Harakahdaily
“(Mesyuarat) Exco buat keputusan tak benarkan premis-premis kita yang tamat lesen kembangkan aktiviti judi,” ujarnya kepada Harakahdaily selepas berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, petang ini.
Tahniah untuk Selangor.


Aku ingatkan kedah yang nak melonjak di tangga ke2, tapi rupa-rupanya Selangor dulu yang merampas kedudukan tu.


Cumanya aku kurang puas hati sikit dengan statement Dr. Hasan Ali tu. Patutnya dia bagitau berapa kerajaan Selangor akan "rugi" bila buat keputusan tu. Kalau dia bagi tau baru kita boleh tau selama ni berapa banyak kerajaan Selangor belanja untuk rakyatnya guna duit hasil judi.


Walaupun Selangor dah merampas tempat ke2 tapi Kedah masih berpeluang rampas pulak tempat tu kalau Kerajaan pimpinan Ust Azizan berami natalkan serta-merta semua lesen premis judi di negeri Kedah.


Tapi aku tak yakin Kerajaan Kedah mampu nak buat sampai macam tu. Kerajaan Kedah mana ada duit, hasil pun berapa ratus juta ja. Bukan maksud aku Ust Azizan nak bergantung dengan hasil lesen judi tapi aku takut depa tak mampu nak bayar pampasan ataupun bayar saman.


Pasainya takkan mudah-mudah boleh batalkan lesen tu. Aku yakin kalau dibatalkan lesen sedia ada, tentu punya akan ada yang bawak kes tu ke mahkamah. Dengan 'kuasa' yang Umno BN ada, tentu punya depa boleh pengaruhi hakim.

Dibuatnya jumlah saman tu berbillion-billion, mana Ust Azizan nak cekau duit. Akhirnya akan jadi berkali-kali ganda lebih teruk dari keadaan ekonomi Greece.


Nota kaki makan cekam:  Aku rasa exco kedah tak mesyuarat lagi laa pasai al judi ni. Lepas depa mesyuarat dalam masaterdekat ni mesti ada berita gembira punya laa.. better late than never.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...