Mungkinkah Kedah mampu melonjak ke tempat ke2 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 29, 2010

Mungkinkah Kedah mampu melonjak ke tempat ke2

Bernama melaporkan:   
PULAU PINANG, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat dengan semua Exco kerajaan negeri dan mengikut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

"Sudah cukup premis perjudian yang ada (di negeri ini), mereka mahu mengadakan hampir 12 kali cabutan dalam seminggu, ini akan akibatkan kemusnahan kekeluargaan dan memberi impak negatif kepada golongan remaja," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Lim berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) telah diarah membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan. - Bernama

Tahniah kepada Penang pasai menjadi Ketua Menteri pertama yang buat macam itu selepas Menteri Besar Kelantan buat 20 tahun dulu. Ini melayakkan Penang duduk tempat ke2 dalam isu judi.

Tahniah juga untuk Selangor pasai ada Ahli Majlis beberapa PBT yang lebih awai berani buat keputusan tak akan bagi lesen premis untuk judi sukan tu. Tindakan tu melayakkan depa dapat tempat ketiga.

Setakat ni, Kedah duduk nombor akhir sekali pasai sampai hari ni langsung tak dengar bunyi berkenaan lesen premisjudi di Kedah. Nak bagi nombor ke4 tak berapa nak boleh, pasainya status Kedah sama macam negeri-negeri lain yang Umno BN perintah.

Apa pun, Kedah berpeluang untuk rampas tempat kedua kalau berani buat keputusan tiru macam Kelantan yang tutup semua premis judi.

Nasihat aku untuk Ust Azizan
Nak tunggu apa lagi Ust Azizan oooiii... Ni la peluang. Takdak sapa nak marah la kalau masa ni Kedah tutup semua premis judi. Kalau nak marah pun cuma tokei kedai judi tu ja dengan peminat judi. 

Apa sangat kesannya dari sudut maqasid undi. Aku yakin kebanyakkan peminat judi tu sokong Umno BN masa PRU lepas. Bahkan aku yakin pengaruh Kerajaan Kedah akan lagi meningkat terutama dari kalangan orang melayu.







Nota kaki makan cekam:  Dadah : Cegah sebelum parah. Judi : Cegah sebelum rugi mati...

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...