Awat pulak tak boleh pi himpunan GAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 29, 2010

Awat pulak tak boleh pi himpunan GAS?

Aku kurang setuju dengan pendapat (atau mungkin lebih tepat arahan) dari setiausaha HDPP yang larang ahli dewan jangan pi ke progran humpunan Gerakan Anti Samy Vellu.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Mei: Ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diminta jangan menyertai perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang dijadualkan esok, 30 Mei.
Setiausaha DHPP, K Deepakaran menyatakan demikian dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily. - Harakahdaily
Apa masalahnya kalau depa pi pun. Tambah-tambah pulak kalau depa tu bekas orang kuat MIC.  Pada aku masa tu lah masa yang cukup baik untuk pi rapat dengan depa. Tapi kena pi dengan niat yang betui.

Kalau dalam PAS benda macam tu di sebut berdakwah. Hangpa yang dah jadi ahli DHPP kena gunakan kesmpatan tu untuk terangkan kat depa pasai apa depa kena keluar dari MIC dan sertai DHPP.

Hangpa kena gunakan kesempatan tu untuk 'berdakwah bil hikmah', kenacerita kat depa apa sebenarnya yang MIC dah buat kat depa. Bukan takat Samy Vello sorang tapi ramai lagi pemimpinMIC lain yang jugak ada banyak tak betui.


Hangpa jugak kena ambik kesempatan cerita kat depa siapa PAS yang sebenarnya. Hangpa kena perbetul salah faham depa dengan PAS.


Walau apa pun, kalau kenyataan setiausaha HDPP tu adalah keputusan mesyuarat AJK DHPP maka ahli dewan nak kena la wala' kat keputusan tu dan tak boleh pi ke progran GAS tu.


Nota kaki makan cekam:  Aku harap Dewan Ulama' dah fikirkan macamana cara kita nak berdakwah kepada ahli DHPP



Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...