Polis tak kisah bunuh Mat Sabu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 20, 2010

Polis tak kisah bunuh Mat Sabu

Apa cerita perbicaraan Mat Sabu kat mahkamah Jawi semalam? Aku pun tak tau pasai aku pun tak pi. Nasib baik PakBakar Penarikbeca ada tulis sikit.
Dalam perbicaraan Haji Mohamad Sabu bersama sembilan aktivis PAS hari ini di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan semalam, peguam Mohamed Hanipa Maidin bertanya kepada pegawai polis yang menangkap Mat Sabu adakah beliau bersetuju perbuatannya memecahkan kereta Mat Sabu dengan tukul besi boleh mengakibatkan maut kepada Mat Sabu.

Dia jawab, setuju. Saya juga diberitahu bahawa beliau berkata beliau tidak kisah orang yang hendak ditangkapnya itu mati demi melaksanakan arahan ketuanya.

Wow! (Saya akan laporkan lagi dengan lebih detail dan cerita beliau ditangkap dulu di sini). Penarikbeca
Kemarin dulu aku tak pi pasai taktau. Dah petang baru tau. Semalam pulak tak upaya nak pi semalam pasai ada meeting. Pagi satgi pun taktau lagi, memang hajat hati nak sangat pi. Insyaallah. Malam ni kena tidur awai. Bukan apa,aku yakin memang tak ramai yang pi mahkamah Jawi esok bagi sokongan.

Masa hari Mat Sabu kena tangkap tu memang ramai. Penyokong Pas dan peminat Mat Sabu dari rata cerok sanggup turun, tunggu pulak sampai pukui 2,3 pagi. Memang cukup perihatin.

Geng dari Ipoh sanggup turun, geng dari Baling pun sanggup turun. Berpuluh ribu jugak la aku rasa. Tu pun pasai kena tipu dengan polis, sampai aku pun lajak pi sampai Balai Polis Seberang Jaya  ka mana tah. Kalau semua dapat maklumat betui yang Bang Mat Sabu polis bawap pi Balai Jawi, aku rasa memang berpuluh ribu la orang berhimpun kat situ.

Tapi, macam biasa makan lama makin kurang orang yang perihatin. Masa perbicaraan kali pertama tu pun tak ramai mana. Aku ada pi sat tengok suasana. Memang tak ramai, tapimata ratus jugak la aku agak.

Masa perbicaraan kedua, aku terlepas pandang (baca: tak perihatin) tapi aku yakin tentu lagi kurang dari yang pertama.

Kali ni kali ketiga dan esok patutnya hari akhir. Maksudnya hari dijatuh hukuman. Aku harap kita pakat ramai-ramai turun pi bagi sokongan moral. Mana tau kut-kut ada apa-apa yangberlaku mungkin kita boleh jugak 'bagi bantuan'. Mana tau...

Berkaitan

  1. Kes Mat Sabu di Jawi
  2. Jamuan mencari dana membiayai perbicaraan 72 mangsa kezaliman BN
  3. Kes Mat Sabu di Mahkamah Jawi 3 hari bermula esok
  4. Gambar suasana malam tu kat depan balai polis Jawi yang aku sempat ambik
  5. Gambar-Gambar Penangkapan Mat Sabu di Ipoh
  6. Waran tangkap Mohamad Sabu
  7. Mahkamah Batal Waran Tangkap Mohamad Sabu 
  8. Mat Sabu dikepung polis di Ipoh

Nota kaki makan cekam:  Tapi aku yakin, keputusan esok akan menyebelahi BangMat Sabu dengan 11 yang lain....

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...