Depa bukan setakat nak bagi Kerajaan Kedah tak senang duduk tapi seboleh mungkin nak rampas balik Kedah dari Pakatan Rakyat.
Harakahdaily melaporkan:
PERMATANG PAUH, 20 Mei: Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hasan Abdul Razak menafikan perkhabaran kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 22 Mei ini.Aku pun heran pasai apa pulak MB Kedah nak bubarkan Dun sedangkan Pakatan Rakyat masih kuat. Lain la kalau ada dapat maklumat saheh yang ada Adun akan lompat. Tu pun kalau takat lompat dua orang pun tak jatuh kerajaan lagi.
Ini ekoran dakwaan kononnya kerajaan negeri semakin kurang mendapat sokongan apabila akan berlaku lagi Adun yang lompat parti.
Katanya, semua khabar angin itu berpunca daripada iri hati musuh Pakatan Rakyat yang tidak senang duduk kerana apa yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang menyedarkan rakyat bahawa semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu banyak berlaku penyelewengan, rasuah, penipu dan memperdaya rakyat. - Harakahdaily
Pas ada 16 kerusi, Dap satu dan PKR tinggai 3, jumlah 20 kerusi. BN pulak ada 13 kerusi campur 2 bebas baru jadi 15. Tu pun tak masuk kes Kota Seputih lagi.
Tapi memang pun kat Kedah khabar angin bertiup kencang pasai kemungkinan bubar Dun tu, kita yang tak duduk kat Kedah mungkin tak dengar. Memang ada usaha bersungguh-sungguh Umno nak ujudkan suasana 'tak stabil' dan aku rasa usaha tu agak berjaya.
Pasai tu la Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah sampai terpaksa buat program Ceramah Khas "Dun Kedah bubar?' 22 Mei dan katanya kesemua Adun dikehendakki hadir terutama sekali 3 Ecxo dari PKR dan seorang Adun dari Dap yang akan berucap dalam ceramah malam tu.
Lagi satu, kalau takdak masalah besar takkan Saifuddin Nasution sendiri sebagan Setiausaha Agung PKR diarahkan untuk turun ke Kedah, menyelesaikan masalah yang bersangkutan khabar angin yang melibarkan Adun dari PKR tu.
Berkaitan
- Ceramah "Bubar Dun" cara terbaik - Pemuda Kedah
- 'Ceramah jalan terbaik nafikan lompat parti'
- Tangan APCO Meraba Kedah...
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10