
Jadi, sapa-sapa yang ada kelapangan bermula esok pagi sampai 30 Sept boleh tolong pi bagi ramai kat Mahkamah Majestret Jawi, bagi sokongan moral untuk Bang Mat Sabu dan 9 yang lain.
Bagi yang dah ingat-ingat lupa peristiwa tu macam aku, boleh cerita tu kat sini.
Nur Ashikin, Majistret dari Mahkamah Butterworth yang menggantikan Mohd Izham dalam prosiding itu, kemudian menetapkan 28 hingga 30 Sept sebagai tarikh baru perbicaraan.
Semalam, majistret itu memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya kerana mereka tidak menghadiri hari pertama perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari itu.
Lima peguam mereka diketuai Asmuni Awi juga tidak kelihatan.
Mohamad, 53, serta Zamarul Aini Abdul Malek, 37, Zainal Azrun Zainal Abidin, 35, Abdul Rahim Mat Ariff, 58, Md Lazim Osman, 50, Mohd Biyamin Ishak, 44, Fauzi Saharat, 44, Abdul Razak Ramli, 42, Mohd Subri Mohd Said, 42, dan Mohamad Salleh, 47, didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur, terhadap pemimpin PAS itu.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar lebuh raya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 7.45 malam 9 Dis 2007.
Mereka didakwa menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. [link]

Artikel rujukan