Sukacita dimaklumkan, macam yang MalaysianInsder laporkan :
KAPAR, 10 Mei — Ahli Parlimen Kapar enggan menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan rasuah melibatkan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas alasan kurang meyakini agensi itu.Katanya, MP Kapar tu akan dedahkan nama pegawai yang dia kata rasuah tu esok selepas dia buat laporan di balai polis.
Bagaimanapun S. Manikavasagam berkata, beliau akan membuat laporan polis esok dan akan menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan syarikat pasir negeri Selangor itu.
“Saya tidak percaya dengan SPRM kerana mereka gagal untuk mengambil apa-apa tindakan tentang aduan saya dalam skandal tanah Kampung Perepat di Kampar dan apa yang terjadi pada (bekas setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor), Teoh Beng Hock,” katanya.
Dua pegawai SPRM dari Putrajaya menemui Manikavasagan di pusat perkhidmatannya pagi ini, tetapi meninggalkan premis tersebut dengan tangan kosong.
“Mereka kata mahu membantu saya, tetapi saya mengatakan kepada mereka bahawa saya tidak mahu bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Manikavasagam berkata, dokumen mengenai Kumpulan Semesta diberikan oleh orang dalam termasuk dua pegawai dan kontraktor.
Dokumen-dokumen itu termasuk memorandum dalaman, invois dan perakuan berkanun dibuat oleh kontraktor. - MalaysianInsder
Sebelum tu, MB Selangor dalam menjawab cabaran 72jam MP Kapar, cabar balik MP Kapar tu supaya dedahkan nama pegarai yang dia kata rasuah tu.
Malaysian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kembali ‘lantai cabaran’ kepada S. Manikavasagam dengan mendesak Ahli Parlimen PKR Kapar itu mendedahkan nama pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang didakwa amal rasuah.Maknanya, kes ni akan jad semakin menarik. Kita tengok apa pulak rentetan seterusnya. Apa pulak tindakan 3 pegawai yang akan dinamakan esok. Selain tu, apa pulak tindakan dan komen SPRM pasai "pulang tangan kosong" hari ni. Apa pulak tindakan yang polis akan ambil lepas laporan polis dibuat.
Dalam reaksi 24 jam selepas kata dua wakil rakyat itu, Khalid berkata, Manikavasagam perlu mendedahkan nama pegawai berkenaan dengan segera dan membuat laporan polis agar kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya. - MalaysianInsider
Adakah akan ada lagi berudu yang akab bertukar jadi katak? Segalanya berkemungkinan. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10