Hari ni, katanya sultan Kelantan dah boleh balk semula ke Istana Mahkota lepas disahkan berada dalam keadaan stabil.
Lebih menarik bila Malaysian Insider melaporkan 2 kakak kepada Sultan Kelantan dakwa Tengku Anis 'mengawal' sultan Kelantan cukup ketat. Tengku Salwani dan Tengku Rozan dakwa depa antara lain dilarang melawat Sultan Kelantan waktu dirawat di Singapura.
Lebih menarik lagi bila Malaysian Insider juga melaporkan:
Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk ‘merawat’ sultan dengan “barang-barang yang diragui dari segi hukumnya” ditemui dekat baginda di Singapura. - MalaysianInsider
Jadinya, memang tepat la bila TG Nik Aziz ambik pendekatan tak mau campur tangan atas hujjah semua tu adalah "Soal kemelut raja, itu kerja anak beranak, saya sengaja tak campur tangan supaya berlaku di sekitar anak beranak" walaupun sebenarnya TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan ada kuasa untuk campur tangan sebagai penasihat rasmi Sultan Kelantan.
Isu dengan Sultan Selangor pun tak kurang menarik jugak. Sampai malam ni pun berita utama dalam TV masih main isu tu. Depa belasah sungguh-sungguh. Mula-mula depa belasah TG Nik Aziz bila TG Nik Aziz 'sembah derhaka' bila mengulas larangan Sultan Selangor supaya mesjid tak dijadikan medan politik.
Lepas tu pulak depa beralih membelasah Zaid Ibrahim pulak bila Zaid mempersoalkan status arahan dan pendapat peribadi Sultan.
Umno terutamanya melalui Perkasa sebagai fraksi Umno kata Zaid biadap dengan Sultan. Cara puak-puak Umno tu berhujjah macam Sultan tu dah dekaat sama macam tuhan, bukan saja mesti disembah tapi segala titah sultan dah sama taraf macam wahyu, langsung tak boleh dipersoal.
Depa buat-buat lupa dengan apa yang Umno pernah buat satu masa dulu bila pimpinan Umno buat roadshow seluruh negara, 'melondeh' para sultan. Sampai siap tabal sultan baru kat bawah pokok di Kelantan.
Aku harap ada pemimpin PAS berani bersuara secara tegas macam yang Zaid Ibrahim buat.
Aku harap pimpinan PAS berani buat sesuatu supaya para sultan tidak lagi 'disembah' pasai yang layak bahkan wajib disembah cuma Allah sahaja, tuhan sekelian alam. Mungkin pimpinan PAS boleh cadangkan contohnya ubah penggunaan perkataan 'sembah' tu. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10