Kes Allahyarham Aminulrashid : Parang apa cerita? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 11, 2010

Kes Allahyarham Aminulrashid : Parang apa cerita?


Semalam dilaporkan, pegawai polis yang dituduh menembak mangsa dah dihadapkan ke mahkamah. Tertuduh mengaku tak bersalah dan minta dibicarakan.

mStar melaporkan:
SHAH ALAM: Anggota polis, Korporal Jenain Subi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah sehingga membawa kepada kematiannya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes. - mStar
Dalam berita semalam ibu angsa bila dimintak mengulas kata dia tak mau komen apa-apa. Dia cuma nak nama anak dia dibersihkan. Maksudnya dia nak nama anak dia tak lagi dilabel sebagai penjenayah macam masa mula-mula kes tu dilaporkan oleh media.

Dalam kes ni aku paling nak tau apa cerita sebenar berkenaan dengan parang tu. Khalid Samad ada tulis dalam blog dia:

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam… sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun… suspek kedua berjaya melepaskan diri...” - Khalid Samad
Aku harap sangat, diakhir perbicaraan kes ni, misteri mengenai parang tu dapat dirongkai. Kalau betui memang parang tu tak ujud, aku harap sangat kita semua dibagitau sapa punya kerja yang reka cerita pasai parang tu. Satu Malaysia 1Malaysia dia nak tipu.  ⊗






Nota kaki makan cekam:  Aku penuh yakin, bukan sorang polis jahat yang terlibat dalam kes ni yang patut dibicarakan. Aku jugak harap Korperal Jenain Subi bukan sekadar kambing hitam.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...