MP Kapar bagi 72 jam untuk MB Selangor pecat pegawai rasuah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 08, 2010

MP Kapar bagi 72 jam untuk MB Selangor pecat pegawai rasuah


Ini apa cerita pulak ni. Kalau betui nak dedahkan pun takkan tak boleh pilih masa yang lebih sesuai. Bila gendang peran PRK Sibu mula ni la sibuk MP ni nak dedahkan rasuah.

Bukan maksud aku nak larang sapa-sapa pun nak dedahkan kalau ada aktiviti rasuah terutama yang melibatkan kaktangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tapi pilih la masa yang sesuai.
Kalau maklumat tu dah lama ada kat tangan dia, patutnya dia dedahkan sebaik saja selesai PRK Hulu Selangor hari tu, tak la terasa sangat kesan dia, mungkin sempat la jugak isu tu sejuk sikit menjelang peperangan di PRK P212 Sibu sana tu. Macam-macam la pe'el pimpinan PKR ni.

Kalau maklumat tu dia baru dapat sehari dua ni, tunggu la sat sampai habih PRK Sibu, lepas tu hang nak dedah kot mana pun, ikut suka hang laa..

Bila dia dah bagi tempoh masa 72 jam tu, kot mana pun nak kena tunggu la jugak, apa MB Selangor nak jawab, lepas tu kita sama-sama tengok pulak apa tindakan MP Kapar ni.

Sambil-sambil tunggu tu boleh tengok proses evolusi dari berudu kepada katak macam dalam gambar kat bawah nu. Mungkinkah gambar tu releven?


Malaysian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar S. Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi 72 jam kepada Menteri Besar Selangor itu agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.

Manikavasagam yang pernah memberi kata dua kepada Khalid ekoran masalah dalaman awal tahun lalu, mahu Pengerusi PKR Selangor itu supaya segera membuang tiga kakitangan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sd. Bhd. kerana mengamalkan rasuah mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Jika tidak, kata anggota Majlis Pimpinan Pusat itu, beliau akan mendedahkan segala maklumat, yang didakwa ada di tangannya sekarang, kepada umum dan juga kepada Suruhankaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tempoh 72 jam itu bermula hari ini.

Kata dua ini diberikan ketika Pakatan Rakyat menurunkan calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak yag bermula hari ini.

“Saya tidak mahu mendedahkan sekarang dengan terperinci... tunggu dulu. Saya meminta Menteri Besar mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga orang pegawai kanan syarikat pasir negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun beliau membayangkan rasuah melibatkan urus niaga pasir itu mencecah RM100,000 setiap bulan. - Malaysian Insider




Nota kaki makan cekam:  84 hari ja diperlukan untuk bertukar dari telur menjadi katak.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...