Keputusan PRK - Datu Nyabor & Ilir Nangka | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 20, 2010

Keputusan PRK - Datu Nyabor & Ilir Nangka

Jenuh aku tunggu, akhirnya ada jugak yang keluarkan keputusan PRK Sibu. Terima kasih Matsamakati.  Macam aku tulis sebelum ni, aku cuma berminat nak tau keputusan untuk 2 Upu (atau SPR panggil DM-Daerah Mengundi ) saja. Datu Nyabor dan Ilir Nangka. Dua Upu tu PAS yang jaga pasai kat situ ada ramai pengundi Islam.  

Nak tengok keputusan penuh boleh pi baca blog baru MSK, Ureka.asia

NAMA UPU KEPUTUSAN PRK 2010
P'MILIH KELUAR
M'UNDI
Peratus
M'UNDI
DAP % BN % MAJORITI
DATU NYABOR 2267 948 41.8% 222 23.4% 701 73.9% -479
ILIR NANGKA 3454 2072 60.0% 359 17.3% 1713 82.7% -1354

Kalau tengok keputusan kat atas, memang sah Upu tu calon DAP kalah. Upu Datu Nyabor dengan majoriti -479 dan Upu Ilir Nangka dengan majoriti -1354. Kalau ikut keputusan tu memang Upu tu boleh kata lubuk BN.

NAMA UPU KEPUTUSAN PRU 2008
DAP PERATUS BN PERATUS MAJORITI
DATU NYABOR 172 18.1% 637 67.2% -465
ILIR NANGKA 256 12.4% 1528 73.7% -1272

Tapi kalau dibandingkan keputusan tu dengan keputusan PRU13 tahun 2008, nampak ada peningkatan dari segi undi untuk calon DAP. Untuk Upu Datu Nyabor undi calon Dap meningkat 50 undi (30%) manakala Upu Ilir Nangka meningkat 64 undi (40%).

Yang lebih membanggakan lagi di kedua-dua Upu tu, majoriti BN dapat dikurangkan, Upu Datu Nyabor 14 undi dan Upu Ilir Nangka 82 undi.

Berdasarkan keputusan tu, aku nak ucapkan tahniah kepada petugas PAS yang berkampung di Sibu tak kira pimpinan hinggalah kepada ahli biasa, yang terbang dari semenanjung, dari Sabah termasuk jentera tempatan Sarawak.

Yang paling penting sekali, tak kira macamana pun rupa keputusan tu, yang lebih utama syiar kita berkibar megah masa PRK Sibu. Kalau sebelum ni orang Sibu mungkin takut kat PAS tapi selepas PRK ni aku yakin persepsi macam tu dah banyak berubah. 

Aku harap sangat kerjabuat jentera Pas masa PRK Sibu tak terhenti takat tu saja. Harap-harap, jentera Sarawak dapat menyebarluaskan kerja-kerja menaikkan syiar tu ke seluruh Sarawak.

Jugak aku harap sangat pimpinan dari semenanjung dapat lebih kerap pi Sarawak dan termasuk juga Sabah untuk bagi kekuatan kepada sahabat-sahabat kita kat belah sana untuk lebih kuat bekerja untuk PAS. Memang itulah harapan pimpinan dari Sarawak dan Sabah yang setiap kali muktamar depa tak lupa sebut, jemputan untuk turun selalu ke sana.



Nota kaki makan cekam:  Mungkin ada yang nak tanya, berbaloi ka PAS habis berpuluh ribu atau mngkin beratus ribu, cuma dapat tingkat 114 undi ja...  

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...