Pas akan kalah atau menang di Sibu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 16, 2010

Pas akan kalah atau menang di Sibu?

Aku sebenarnya tak bermnat sangat dengan keputusan PRK Sibu. Aku lebh bermnat nak tau keputusan Upu yang PAS jaga. Kalau ikut bacaan aku yang tak reti politik tara mana ni, aku yakin BN akan menang PRK Sibu kali ni tapi mungkin majoriti tak besar.

Walaupun macam tu, ada kemungkinan jugak calon DAP boleh menang. Kalau ditengok kerjabuat Umno nampak macam depa pun belum yakin depa boleh menang. Pasai tu semalam pun Najib sendiri masih lagi tabur janji dengan jumlah peruntukan RM5 juta untuk membaiki sistem perparitan di Rejang Park yang setiap tahun dilanda banjir.

Kalau jangkaan SPR, peratus kelar mengundi mencecah 80% aku yakin BN akan menang tapi kalau peratus keluar mengundi di bawah 75% mungkin calon DAP boleh menang.

Aku sebenarnya lebih berminat nak tengok keputusan di UPU yang PAS jaga. Pas diberi tanggungjawab jaga 2 unit peti undi (UPU) iaitu Datu Nyabor dan Llir Nangka dalam Dun Nangka. Jumlah pengundi di UPU tersebut seramai 5,721 orang di 23 lokaliti yang merupakan kawasan penduduk Melayu.

Aku tengok hasil usaha sungguh pemimpin dan ahli PAs berkampung di sana, tara nama keputusan atau kecenderungan pengundi berubah. Mungkin keputusan PRK tu tak tepat untuk dijadikan kayu ukur kejayaan kerjabuat PAS di Sibu tapi masih boleh memberi gambaran.

Lagi satu, amat cantik kalau ada pegalaman bertugas di PRK tu didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk persediaan kepada pilihanraya yang akan datang.

Pasainya aku yakin masa kempen di PRK Sibu ni, terdapat banyak ujikaji lapangan dijalankan samada secara sedar atau tak sedar. Maksud aku, banyak benda atau pengalaman atau masalah baru yang petugas Pas jumpa yang perlu diselesaikan, yang mungkin memerlukan ijtihad baru.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...