Untuk maklumat, sebelum jadi Setiausaha politik MB Kelantan, Wan Nik adalah Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Pusat.
Aku cuma nak petik dua perenggan pertama tulisan dia ja yang aku terpanggil nak komen.
Desas-desus awal tahun 2010 ialah pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor bakal diadakan berikutan keadaan ahli parlimennya, Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad (KeADILan) yang menjalani pembedahan di Hospital Pantai. Perkara itu disahkan menerusi blog Dato Seri Anwar Ibrahim (http://anwaribrahimblog.com/, 18 September 2009). Maka, sejak itu timbul sangkaan kemungkinan kekosongan kerusi bagi parlimen Hulu Selangor.Kalau ikut maklumat dalam blog Anwar Ibrahim tu, cerita pasai ura² nak ada PRK di Hulu Selangor dah timbul paling lewat pun sejak 18 September 2009 lagi. Hari ni dah 4 April 2010, maknanya dah dekat² 7 bulan dah. Kalau ambil tarikh 2 Januari pun dah lebih 3 bulan tempoh untuk bersedia.
Selepas itu, pada Januari 2010 timbul lagi propaganda BN yang memainkan isu kononnya berlaku peletakan jawatan ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad. Namun perkara itu dibidas oleh pimpinan PKR dalam Majlis Makan Malam anjuran KeADILan Hulu Selangor pada 2 Januari lalu. Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, tiada kekosongan bagi parlimen itu dan Dr. Zainal akan bertugas seperti biasa. - Harakahdaily
Kalau PKR dah mula buat kerja sejak tarikh tu, jentera PKR utuk PRK kat situ dah cukup mantap. Takkan 3 bulan pun tak boleh mantap lagi jentera pilihanraya kecik.
Tapinya aku sungguh² tak yakin jentera PKR dah mula buat kerja sejak tu. Malah mungkin sampai hari ni pun jentera kat sana aku rasa masih cacamerba lagi. Harap² andaian aku ni tak betul.
Ataupun mungkin jugak PKR nak guna tiru macam DAP. Pasainya ada orang PKR yang 'pelece' bila Pas selalu bangkitkan isu jentera Pas di akar umbi yang ramai berbanding jentera PKR. Depa kata Dap yang takdak cawangan pun calon Dap boleh menang besar.
Aku nak ingatkan depa-depa yang berfahaman macam tu supaya sedar yang kerusi yang DAP menang tu semuanya peratus pengundi cina tinggi. Dan tahap berpolitik pengundi Melayu tak sama dengan tahap berpolitik pengundi Cina.
Berbalik kepada persoalan asal, selepas hampir 7 bulan aga-agak dah setakat mana persiapan jentera PKR untuk PRK ni?
Paling kurang pun, dalam masa 3 bulan, semua permasalahan yang timbul di Hulu Selangor dah dapat dikenalpasti dan sekurang²nya tindakan untuk mengatasinya sedang diambil kalau pun belum diatasi sepenuhnya. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10