ALOR SETAR - Ahli Parlimen Sungai Petani daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul yang juga Pengarah Pemantapan Keanggotaan PKR Pusat dminta oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Lim Soo Nee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim menarik balik kenyataannya pada 23 Mac lalu yang didakwa berkepentingan peribadi.
Dalam kenyataan itu, Johari dipetik sebagai berkata, faktor utama ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu digugurkan daripada jawatan Exco adalah kerana kepimpinan PKR mahu memberi peluang kepada ADUN Sidam, Tan Chow Kang dilantik sebagai Exco bagi membolehkannya menerima pencen Exco. - SinarHarian
Kalau betullah seperti yang dilaporkan tu, aku setuju sangat dengan gesaan Lim Soo Nee tu. Mana boleh lantik Exco semata² pasai nak bagi peluang orang tu dapat pencen Exco. Kalau macam tu la cara "Pengarah Pemantapan Keanggotaan PKR Pusat" berfikir, jangan heran kalau Pakatan Rakyat tak tahan lama.
Aku ingat takat jawatan Ahli Majlis ja ada benda macam tu, rupa-rupanya sampai ke jawatan Exco pun jadi jugak. Kalau macam ni, boleh lingkup Pakatan Rakyat.
Lagi satu aku nak ingatkan, kalau niat nak jadi kaya tolong jangan jadi orang politik. Politik bukan tempat untuk jadi kaya. Kalau jadi kaya pasai aktif politik takdak lain, maknanya melainkan memang RASUAH, mesti ada SALAH GUNA KUASA. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10