Malaysian Insider melaporkan Palanvel berkata:
“Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”Memang ucapan tu dia buat dimajlis dengan pengundi di Hulu Selangor tapi aku yakin sebenarnya dia tengah merayu kepada Najib supaya pilih dia sebagai calon.
“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi. - MalaysianInsider
Sebelum ni Najib dah pun buat pengumuman yang calon BN adalah dari MIC tapi dia sendiri yang akan pilih calon yang akan bertanding. Maksudnya Najib nak bagitau dia tak setuju dengan nama Palanivel yang MIC bagi dan dia sendiri akan pilih orang lain dari MIC.
Palanivel pun sedar, PRK kali ni mungkin peluang dia yang terakhir untuk jadi wakil rakyat. Kalau kali ni dia tak dipilih, PRU ke 13 nanti mungkin nama dia akan terus temggelam.
Jadinya, aku pun teringin jugak la merayu kepada Najib bagi pihak Palanivel. Tolong la pilih dia ni sebgai calon BN. Kesian kat dia. Ni lah peluang terakhir dia nak jadi calon. Kalau tak jadi calon kali ni, lagi la jatuh reputasi dia dalam politik.
Untuk orang Umno pulak, aku nak nasihatkan supaya desak Najib terima Palanivel jadi calon. Hangpa kena pastikan Palanivel jadi calon pasai lagi banyak kebaikan yang Umno akan dapat kalau Palanivel jadi calon.
Kalau Palanivel jadi calon, aku rasa majoriti orang yakin yang Palanivel akan kalah dalam PRK tu nanti. Apa sangat pun kesannya kepada Umno kalau kalah di Hulu Selangor bila Umno boleh dapat untung lagi besar dikemudian hari. Bila kalah, dengan mudah Umno kambing hitamkan Palanivel dan MIC sebagai faktor BN kalah pasai MIC yang cadangkan nama Palanivel sebagai calon.
Kebaikan yang Umno boleh dapat, untuk PRU13, kerusi² yang majoriti orang melayu tinggi yang selama ni MIC bertanding, Umno boleh paksa diserahkan kerusi tu kepada Umno. Untuk makluman semua, k dalam Malaysia ni takdak satu pun kerusi yang majoriti pengundi adalah orang India. Jadinya orang Umno berpeluang untuk bertanding di kerusi yang sebelum ni MIC bertanding, bukan setakat Parlimen Hulu Selangor saja tapi semua kerusi yang MIC bertanding sebelum ni termasuklah kerusi Parlimen Sungai Siput.
Jadinya hangpa kena desak Najib badi Palanivel jadi calon dengan syarat kalau Palanivel kalah, semua kerusi yang majoriti pengundi melayu yang sebelum ni MIC bertanding kena diserahkan kepada Umno.
Untuk apa bagi peluang calon dari MIC bertanding di kerusi² berkenaan tapi tak boleh menang yang akhirnya mungkin menyebabkan BN tak lagi memerintak pasai Pakatan Rakyat menang lagi banyak kerusi.
Apa nak takut, menang atau kalah Umno tetap untung. Kalau Palanivel menang, maksudnya peluang untuk BN terus memerintah selepas PRU13 sangat² cerah, kalau Palanivel kalah, Umno dapat lagi banyak kerusi untuk bertanding masa PRU13 nanti.
Apa macam? Ada berani terima cadangan aku ni? ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10