HULU SELANGOR, 11 April (Bernama) -- Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Partanian (Mini Maha) yang diadakan di sini mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.Aku tak reti nak kata apa kalau ada jugak makhluk politik yang percaya penafian Noh Omar tu. Takkan ada orang nak percaya punya. Orang Umno pun aku yakin tak percaya cakap Noh Omar tu walaupun depa akan mempertahankan penafian Noh Omar tu.
Beliau berkata program tersebut telah dirancang lebih awal dan diadakan bagi mendekatkan rakyat dengan pegawai di kementeriannya di samping memberi pendedahan kepada pengusaha baru untuk memulakan kegiatan pertanian.
"Program Mini Maha ini telah dirancang lebih awal untuk diadakan dan Hulu Selangor dipilih sebagai tuan rumah kali ini," katanya pada sidang media selepas perasmian Mini Maha, di sini Sabtu malam.
Beliau berkata satu pameran Maha peringkat antarabangsa juga akan diadakan pada November ini dan antara negara yang dijangka menyertainya ialah Australia dan New Zealand serta negara Eropah.
"Kami mensasarkan 2 juta pengunjung pada pameran itu nanti," katanya.
Pada majlis malam ini, Noh turut mengagihkan RM6.4 juta yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu sektor pertanian, penternakan dan penanaman di daerah Hulu Selangor.
Kalau pun memang betul ada perancangan awal dah dibuat sebelum timbul cerita pasai PRK Hulu Selangor ni pun, orang takkan percaya. Kata la kut mana pun, orang mesti kata semua tu semata² nak ujudkan peluang nak bagi 'gula² pilihanraya. Nak bagi rasuah untuk pancing undi. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10