Tan ni ada ciri-ciri berudu dak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 12, 2010

Tan ni ada ciri-ciri berudu dak?

Sumber gambar: myKedah.
Mungkinkah apa yang aku tulis  kat sini sebelum ni akan jadi kenyataan?

Malaysiakini melaporkan:

Ekoran penggugurannya daripada jawatan exco kerajaan Kedah semalam, PKR negeri terpaksa mengaturkan pertemuan Tan Wei Shu dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menenangkan keadaaan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Ahmad Kassim berkata pertemuan Sabtu ini bagi memberi peluang kepada Tan (kiri) mengutarakan pendapatnya berhubung perkara itu.

"Saya sedang aturkan pada hari Sabtu ini untuk Datuk Seri (Anwar) datang ke Kedah dan singgah ke rumah Tan untuk makan malam," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas ketidakhadiran ADUN Bakar Arang itu yang tidak hadir pada majlis pelantikan exco baru Kedah semalam sehingga dilaporkan menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya dalam parti. - malaysiakini
Adakah ini salah satu berudu yang mungkin bertukar jadi katak. Harap-harap tak la. Tapi kalau betui dia ni dah ada ciri-ciri berudu, Anwar dan PKR kena ertindak sebaik mungkin hapuskan ciri-ciri tu dari dia.

Kalau la dalam perjumpaan tu nanti dia ni pun buat permintaan macam apa yang Fairuz pernah mintak  dan dapat dulu tu, baik buang ja la, takkan nak tanggung sekali lagi biawak hidup...


Nota kaki makan cekam: Cuma kena jaga-jaga la, takut sebelum pertemuan tu, dia dah bertemu dengan orang lain dulu. Tentu lagi payah nak nego dengan dia..

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...