Antara lain Malasiakini melaporkan:
Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya.Turut dilaporkan:
Hakim M Gunalan membuat keputuusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli. - Malaysiakini
Sebelum didakwa pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya dijadikan mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat aktiviti kongsi gelap yang berkaitan dengan seorang ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku.Alasan yang cukup mudah disebut, prima facie. Apa makna sebenar frasa tu dalam konteks kes ni.
Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim.
Berikutan tindakan itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian. - Malaysiakini
Mungkin kut pasai dah tak jadi 'ancaman', Kambing hitam ni dah boleh diputuhkan kembali. Mungkin jugak kembing ni lebih berguna jika diputihkan dari dibiarkan hitam
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10