Gerakan kata Skim Warga Emas tu rasuah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 12, 2010

Gerakan kata Skim Warga Emas tu rasuah

Sumber gambar: NikNazmi.
Bernama melaporkan:
PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Skim Warga Emas Pulau Pinang yang didakwa berunsurkan rasuah oleh Parti Gerakan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau dan ahli-ahli Exco kerajaan negeri yang lain bersedia untuk disiasat dan akan bekerjasama dalam membantu siasatan itu.

"Kalau hendak siasat, kami bersedia disiasat tetapi skim itu tetap akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan kerana pihak kami tidak mendiskriminasi mana-mana kaum, atau latar belakang politik," katanya kepada pemberita di sini hari Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong semalam yang mendakwa kerajaan negeri memberi rasuah kepada rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang menerusi skim itu dengan setiap seorang menerima RM100.

Lim berkata, kerajaan negeri telah membincangkan perkara itu dengan mendalam dan akan tetap meneruskan program itu.

"Pihak kami tidak akan tunduk kepada ugutan Gerakan itu kerana tindakan Gerakan ini seperti ingin mensabotaj program ini," katanya.

Tambahnya, semua warga emas yang telah berdaftar sebelum 8 Mac akan menerima wang mereka awal bulan depan dan kepada mereka yang masih belum berdaftar, mereka harus bertindak cepat. - bernama
Aku nak gelak pun ada, heran pun ada. Langsung tak boleh terfikir parti komponen BN boleh kata macam tu. langsung tak logik.

Kalau skim macam tu pun boleh dikira sebagai rasuah, apa benda yang kerajaan buat yang tak boleh dikata sebagai rasuah. Buat sekolah pun boleh jugak dikata sebagai rasuah ka?

Selama ni semasa hangat nak pilihanraya, tambah-tambah masa PRK kecik tak pernah pun dengan Gerakan berbunyi pasai rasuah, padahal masa tu, dah sah-sah segala jalan diturap baru, bantuan mencurah-curah turun, sampai ke tahap bagi duit tunai asai mengundi pun ada. Takdak pun Gerakan ada kata rasuah.

Ataupun mungkin pemimpin Gerakan tu fikir kalau tolong orang susah tu sebagai rasuah, tolong orang kaya takpa kut.



Nota kaki makan cekam:Tapi, aku dok fikir jugak, mungkinkah Ketua Pemuda Gerakan tu otak dah tak betul. Dah 2 tahun fikir masih tak dapat punca pasai apa Pulau Pinang terlepas dari tangan Gerakan PRU12 dulu, tu yang jadi tak berapa nak center tu kut.

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...