Aku yakin pemimpin Umno takkan setuju punya. Biasa la, depa sebagai 'pejuang assobiah' melayu mesti tak setuju punya. Pasainya depa takut habih semua Kerajaan Tempatan' akan terlepas kat cina. Depa mesti akan kata takut nanti melayu akan tertindas macam depa kata Guan Eng tindas melayu kat Pulau Pinang.Dua hari sebelum Pakatan Rakyat meraikan ulang tahun kedua mereka merampas, Pulau Pinang, kerajaan negeri hari ini mengumumkan pilihan raya kerajaan tempatan akan diadakan semula.
Sumber : Malaysiakini
Pilihan raya itu membabitkan dua majlis tempatan - Majlis Tempatan Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Tempatan Seberang Perai (MPSP)
Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, surat telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf pada 4 Mac lalu meminta mereka menguruskan perjalanan pilihan raya berkenaan.
Perkara itu, kata Lim terkandung dalam Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi "undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada SPR menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada yang dinyatakan dalam Fasal (1)." - Malaysiakini
Aku lebih berminat nak tengok komen orang-orang yang mengaku sebagai 'pejuang demokrasi' dalam Pas dan Pkr berkenaan isu ni. Lebih lagi aku berminat nak tengok komen golongan ulama' dalam Pas. Saja nak nilah tahap assobiah depa.
Jadi ka dak pilihanraya kerajaan tempatan tu bergantung kepada Spr. Takat mana depa berani nak berlawan arus dengan 'boss' depa yang duduk dalam Umno.
Apa pun, Spr boleh bagi beribu alasan untuk tak bersetuju dengan cadangan ni. Aku yakin, selagi Umno menerajui tampuk pemerintahan Malaysia benda ni takkan jadi punya. Mungkinkah isu ni sebagai salah satu alasan menghalalkan 'sembang dalam gelap' dulu.
Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suray berkenaan belum dibawa untuk perhatian suruhajaya itu lagi.“SPR akan meneliti kandungan surat itu dan membincangkannya sebelum memberikan jawapan (kepada kerajaan Pulau Pinang).“Apapun keputusannya sama ada positif atau negatif, adalah terlalu awal untuk kita perkatakan. Ini membabitkan isu perundangan yang perlu diambil kira," kata Ahmad. - Malaysiakini
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10