Sumber : Kedahlanie |
Baca dlm malaysiakini tadi kisah Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) yg tak puas hati dgn YBK (YB Katak) Bagan Serai lompat keluar pakatan sedangkan waktu PRU12 dulu Ustaz Ahmadlah yg dok bawa mamat ni ke sana ke sini perkenalkan calun (yg org tak kenai pun dia tu sapa)kat org2 PAS di situ habag kata kalau hangpa undi dia samalah mcm hangpa undi ana, last-last dah menang, melompatlah pulak. Siap Ustaz A Awang bagi warning nak buat solat hajat 7 mlm kalau x letak jawatan.
Saya paham perasaan Ust A Awang tu, samalah juga dengan saya, waktu PRU12 hari tu, bila saya habag kat memba kata nak pi ceramah atas pentas PKR di Penanti bantu Fairus (waktu tu sapa pun tak kena dia, belum jadi Timb KM lagi), memba2 saya geng2 PAS kat satu kawasan di Kedah ni kata tok sah dok pilah buat penat saja, depa kata puak2 PKR ni nama saja PKR tapi bukan saja badan depa tapi bau napas depa pun UMNO. Saya kata tat pa, aku nak tolong juga, niat nak bantu Pakatan untuk kesan jangka panjang.
Lalu, saya pun pilah: malam tu saya naik ceramah di atas pentas PKR di Kg Pelet dlm DUN Penanti, Fairus sebagai calun pun ceramah sekali, hebat dia ceramah, tang puji dan puja Anwar Ibrahim tok sah dok habaglah, kalau lain drpd Penanti, rasanya kat tempat lain mau kena boo, bukannya apa puji lebih-lebih sangat. Tak sangka dlm dok puji dan puja Anwar, dan kutuk UMNO bagai nak rak tu, last-last ke UMNO jugak perginya. Rasa penat ja saya perabih masa dan duit minyak keta pi turun ceramah malam tu, kalau pi bagi ceramah motivasi dan sedekah duit tu kat rumah anak-anak yatim lagi baguih.
Itu saya, mcm mana pula dengan anak-anak muda yg tak tidoq malam berkawal dan panjat pokok pacak bendera kat Kg Pelet, Kg Padang Ibu dan kg-kg sekitar tu, macam mana rasa depa? sure depa lagi dok bara dok ada.
Benda-benda ni semua menyebabkan budak-budak muda jadi meluat dengan politik khususnya kat puak2 PKR ni.
Rasanya mai PRU13 ni, pilihanraya negara kita ini akan kembali ke liga asal PAS vs UMNO, dah tak ada dah pakatan-pakatan apa ke jadahnya ni. Pakatan apa ke bendanya, penat-penat dok pakat, lepas tu lompat parti, baik tak payah pakat, baik balik ke asal PAS lwn UMNO saja, lagi senang. Kalah pun tat pa, janji tak lompat, puas hati.
Maka tu, elok kot PAS yg dok ada ni, terutama kerajaan PAS di KEDAH ni kena tukaq strategi semula, mcm mana nak kekalkan kemenangan PAS di KEDAH ni hanya dengan pemain-pemain PAS saja tanpa ada pemain import drpd perkumpulan KATAK tu. Eloklah PAS Kedah mola fikir dari sekarang.
YB-YB PAS yg ada la ni kena mola bangun dari tidur, hat yg dok hanyut dan ghalit dengan air-cond pejabat dan kerusi keta yg empuk tu, elok pi bangun basuh muka turun ke padang jumpa rakyat jelata semula, terutamanya pengundi-pengundi bukan Melayu ini, fikir mcm mana nak tawan hati depa tanpa menggunakan bantuan team KATAK ni.
Ingat, saki baki yg masih tinggal ni berudu belaka, bila-bila masa saja boleh tukaq jadi KATAK. Bila depa dah jadi KATAK, dah tak ada gunanya...
Artikel sepenuhnya di http://www.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10