Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) - luahan orang dalam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 14, 2010

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) - luahan orang dalam

Disalinan dari IkutSukaAku

Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.

Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.

Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?

Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.

Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?

Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!

Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?

Artikel penuh boleh baca di blog IkutSukaAku

Laman Web Rasmi JASA


Nota kaki makan cekam: Satu jabatan yang kerjanya khas untuk Umno tapi gaji dibayar oleh rakyat Malaysia termasuk ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Halal ka?


Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...