Nama dia pun aku mula dengar bila dah muktamat dia jadi calon Parlimen Bagan Serai masa PRU12 dulu. Bila aku tanya orang tua aku, dia kata dia pernah kenai Hj Mokhsin ni, tapi takat kenai nama dan kenai muka ja, tak pernah pun berkawan dengan dia. Orang tua aku kata "Dia ni kalau tak silap dia orang Pas, macama pulak boleh jadi calon PKR."
Setakat tu ja la aku tanya pun. Malas aku nak tanya lebih-lebih. Tak kuasa aku nak campur hal Bagan Serai masa tengah sibuk-sibuk nak pilihanraya masa tu, hal Parit Buntar pun tak larat nak tengok.
Masa lepas menang ada jugak aku sekali sekala tanya kawan-kawan kat Bagan Serai pasai ahli parlimen depa. Jawapan yang aku dapat tak pernahnya elok. Semua yang aku tanya merungut. Depa kata bukan takat tak jaga kawasan tapi sampai tahap menyusahkan kawasan. Menyusahkan macamana aku tak tanya.
Aku pernah sekali ja bersembang dengan YB ni. Tu pun melalui telefon. Masa tu timbui khabar angin kata YB ni nak melompat ke Umno. Mula-mula aku telefon PA dia. PA dia bagitau suruh aku telefon YB, cakap dengan dia sendiri. Tapi tak lama lepas tu, YB tu yang telefon aku.
Masa tu dia sungguh-sungguh menafikan khabar angin tu. Dia kata yang tu semua kerja orang takdak agama, takdak iman. Lepas tu dia suruh aku tolong buat posting pasai penafian dia tu.
Berdasarkan perbualan aku yang singkat tu, persepsi aku pasai orang tu ni, tak berapa nak ada tanjak jadi wakil rakyat. Cara dia sembang tu kurang meyakinkan aku. Nak kata ada 'aura' sebagai pemimpin, memang takdak langsung.
Tapi dia kata memang dia tak keluar punya laa. Lagi pun dia cukup kenai dengan orang banjar ni. Dia sendiri kata kalau si Jamal tu jadi YB belah Bagan Serai ka belah Parit Buntar ka, dah tentu 'bertimpas', 'berparang' punya kulaan kat sana.Semenjak dia keluar jadi bebas ni aku rasa aku lagi kenai dia. Kenai pasai banyak pihak yang tulis pasai dia ni. Antara yang menarik
- Mokhsin : Sepatutnya letak jawatan bukan keluar Pkr - Ust Misbah
- Katak Haram P58-Kamu akan di panah petir - Tan Kuda (Ketua Cabang Bg Serai)
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10