Untuk saheh kan yang berita tu fitnah aku call PA YB Bagan Serai. Dia terkejut dengar. Rupanya dia taktau lagi pasai fitnah tu pasai dia takdak sekali dengan bos dia.
Tak lama lepas tu ada orang call aku, nombor takdak dalam senarai. Rupa-rupanya YB Bagan Serai call aku. Terkejut jugak aku.
Terus dia cerita kat aku apa aktiviti dia semalam, detail dia cerita. Dia pagi tu ada kat Kajang. Pukul 2 ada meeting dengan Hj Nizar. Pukui 4 petang ada meeting pulak dengan PKR negeri.
Malam dia tidur kat Kampung Tengku Hussien tambahan di Ipoh. Memang dia tak pi mana-mana. Dia siap bagi no rumah lagi tapi aku lupa pulak nombor berapa.
Nama nak dan nak salin, dah la dia bersurah banjar dengan aku. Aku yang 'rakai' ni boleh la paham jugak tapi dengan nak bagi paham lagi dengan nak salin lagi mana nak dan.
Tapi dia cerita memang dia tak keluar punya laa. Lagi pun dia cukup kenai dengan orangbanjar ni. Dia sendiri kata kalau si Jamal tu jadi YB belah Bagan Serai ka belah Parit Buntar ka, dah tentu 'bertimpas', 'berparang' punya kulaan kat sana.
Hangpa jangan tanya aku bertimpas tu menatang apa, perkataan tu takdak dalam kamus kat kepala aku. Nak tau tanya wak Al-Banjari.
Kesimpulannya, memang Umno saja ncuba nak divert isu. Depa dah tak boleh nak lawan hujjah pasai isu mahkamah rayuan.