Kalau Pas yang pilih calon | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 05, 2010

Kalau Pas yang pilih calon

Oleh : mrk albanjari 

Assalamualaikum akhi....


Ana setuju dengan cadangan diatas kerana itulah kewajaran yang patut diambil perhatian oleh majlis presiden.

Sekiranya kerusi itu milik PAS sebelum ini maka kembalikanlah kepada PAS dan begitulah sebaliknya.

Sebagai makluman pembaca sebelum ini pada pilihanraya 1999 saya pada ketika itu adalah AJK PAS Kawasan Mentakab Pahang dan pada sesi pemilihan dan hendak memutuskan nama calon untu pilihanraya kami telah diminta oleh YDP supaya ambil masa untuk berehat sebentar kerana pada ketika itu jam suhal melewati 12 tengah malam dan kami di minta berwuduk terlebih dahulu sebelum kembali semula kedalam dewan mesyuarat.

Setelah kembali maka kami diminta untuk menamakan calaon2 bagi DUN2 dan Parlimen.

Setiap seorang calon yang telah dikemukakan akan disoal oleh YDP kepada pencadangnya seperti berikut:

1. Sejauh mana enta kenal dengan calon ini?
2. Sepanjang yang enta tahu apakah dia pernah melakukan dosa-dosa besar?
3. Apakah dia berterusan melakukan dosa2 kecil?
4. Bagaimana hubungannya dengan masyarakat?
5. Apakah enta tahu jika dia ada berhutang dengan jumlah yang besar dan sebagainya.serta banyak lagi soalan-soalan yang panas akan disoal oleh ahli mesyuarat.

Bagi calon2 PAS insyaallah perkara2 tersebut akan diambil perhatian kerana PAS tetap akan mengemukakan calon2 yang terbaik biarpun tidak menang namun PAS tetap menang dengan wibawa calon yang diketengahkan.

Oleh kerana PAR atau DAP ni bukanlah parti yang bertunjangkan Syariaat namun harus ada pendekatan yang terbaik dalam menapis wibawa dan watak calon2 mereka jangan kerana tamakan kerusi maka dicalonkan siapa sahaja sebagai calon akhirnya inilah padahnya.

PR khususnya PKR dan DAP sewajarnya menjadikan PAS kelantan sebagai contoh dan model terbaik dalam menjaga calon kerana sebelum ini hanya dengan kelebihan 1 kerusi sahaja kerajaan kelantan mampu bertahan hingga tamatnya penggal pilihanraya.

Kepada PKR jangalah tamak sangat dengan kerusi hingga PAS terpaksa menggadaikan kerusi tradisi mereka untuk memberi laluan kepada PKR...saya pun tak faham kenapa ini boleh berlaku sedangkan PKR ketika itu usahkan ranting cabang pun takde dan lebih teruk lagi tapak pun takde tapi bernafsu untuk kerusi-kerusi tersebut.

Kepada PAS ambil perhatian kepada gagasan Allahyarham Dato Fadzil Noor " biar kita kalah dalam pilihanraya asalkan islam tetap kita julang kerana PAS bukan parti politik semata2 tetapi PAS adalah sebuah gerakan islam yang mencari keredhaan Allah"

..wallahualam

* Sumber dari komen posting sebelum ni.



Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...