Sumber : wartasgrapat |
Demikian dinyatakan oloeh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam kenyataan medianya di sini hari ini
Menurut beliau, rombongan PAS Perak dijangka berada di Mesir dari 9 Mac hingga ke 13 Mac, kemudian mereka akan berada di Jordan dari 13 Mac hingga 15 Mac, seterusnya akan berangkat pula ke United Kingdom pada 16 Mac dan akan berada di sana sehingga 22 Mac ini.
"Rombongan akan kembali ke tanah air pada 23 Mac depan, jelasnya.
Turut menyertai rombongan tersebut ialah Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan beberapa pimpinan yang lain .
Pimpinan PAS Perak itu akan mengunjungi ulama-ulama gerakan Islam terbilang di Mesir dan Jordan. begitu juga lawatan di United Kingdom, mereka dijangka bertemu dengan beberapa pertubuhan Islam berpengaruh dan pimpinan gerakan Islam Ikhwan yang bermaustautin di sana, jelasnya.
Kesempatan itu juga katanya, beberapa siri ceramah, dialog, dan forum akan dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, Jordan dan Uited Kingdom bagi mengetahui perkembangan politik semasa di tanah air khususnya isu-isu di Perak.
"Kehadiran mereka dijangka akan disambut oleh ribuan pelajar di sana, kedatangan mereka sememangnya dinanti-nanti oleh para pelajar dan juga pimpinan gerakan Islam terutamanya Dato' Seri Nizar."katanya.
"Puluhan mesej telah saya terima dari beberapa pelajar Mesir, Jordan dan United Kingdom bertanyakan kehadiran Nizar sebaik mereka mendapat maklumat yang PAS Perak akan berkunjung ke sana," jelas Misbah lagi.
Artikel penuh boleh dibaca di blog JJ Anak Desa
Komen aku : Mentang-mentang tak jadi PRK negeri Perak, depa ni pi sambil melancong la pulak. Dekat setengah bulan pulak tu. Agak-agak berapa la kos depa kat sana tu.
Agak-agak berapa peratus kalau banding dengan perbelanjaan 'wanita pertama' masa kat luar negara hari tu.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10