Kempen mengrekrut rakyat tempatan sebagai pekerja Restoran Mamak 'gagal' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 27, 2010

Kempen mengrekrut rakyat tempatan sebagai pekerja Restoran Mamak 'gagal'

mStar melaporkan :
Kempen untuk mengrekrut rakyat tempatan sebagai pelayan, chef dan juruwang di restoran nasi kandar serta makanan India bukan sahaja tiada sambutan malah boleh dilabelkan sebagai 'gagal'.
Daripada 45,000 jawatan kosong di 2,000 restoran nasi kandar dan 1,100 restoran mamak di seluruh negara, tidak sampai 100 pertanyaan diterima untuk mengisi kekosongan tersebut daripada masyarakat tempatan. - mStar
Mushkil jugak aku. betui ka berita ni. Mungkinkah ini sebahagian dari strategi persatuan tu untuk 'menghalalkan' depa terus guna rakyat asing. Takkan kut tak sampai 100 orang ja yang tanya.

Aku rasa Presma dan Jabatan Sumber Manusia kena buat kajian, betul ka dak statement tu. Kalau betul kena kaji jugak pasai apa jadi macam tu. Aku rasa mesti ada benda yang tak kena kat mana-mana. 'Something wrong somewhere."

Pasainya kalau ikut gaji yang ditawarkan tu kira ok laa jugak, di atas 'Pendapatan Garis Kemiskinan.'
Kata Noorul Hassan lagi, gaji bulanan untuk pembantu restoran (pelayan) ialah antara RM800 hingga RM1,300 sebulan bergantung kepada pengalaman sementara juruwang ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,300.
Penyelia dan tukang masak pula ditawarkan gaji antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan. - mStar

Takkan suka-suka boleh kata "respon yang sedikit itu adalah disebabkan di pasaran sekarang terdapat terlalu banyak kerja kosong." Pasainya data kat bawah ni aku 'capture' dari  lamanweb Job Malaysia.


Bagi yang berminat nak cuba try test kerja kat restoran nasi kandar, boleh semak kat sini.

Media Pengiklanan Baru 

Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...