Jualan album untuk Tabung Dana Blogger | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 28, 2010

Jualan album untuk Tabung Dana Blogger



Album 'Catatan Suatu Perjalanan' telah sempurna dilancarkan untuk pasaran oleh YAB Dato' Seri' Ir. Hj. Muhammad Nizar bin Jamaluddin, Adun Pasir Panjang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang pada tanggal 20hb. Feb. lalu.

Majlis Pelancaran Album berkonsepkan rock alternatif ini telah dilangsungkan di Konvensyen Blogger PAS Perak 2010 di Parit Buntar. Untuk cetakan pertama, sebanyak 3 ribu unit album ini telah dicetak, dimana 1 ribu unit adalah versi EDISI KHAS Pelancaran. Untuk mendengar klip lagu yang cukup menusuk perasaan ini, sila pergi ke klip dibawah.





Setiap pembelian dari unit album ini, RM2 akan disalurkan ke Tabung Dana Blogger PAS Perak bagi persiapan menghadapi PRU13, kelak. Adalah disasarkan sumbangan yang dapat dikumpul andai cetakan pertama ini habis dijual, InsyaAllah sebanyak RM6 ribu dapat disalurkan ke Tabung Dana tersebut.

Beberapa program lagi bakal dianjurkan untuk mengumpul dana tabung ini, dimana ianya akan terus dirancang dan digembling sepanjang tahun ini dan tahun hadapan. Beberapa siri pertemuan dengan beberapa pihak termasuk NGO's, Ikatan Anak Perak di Perantauan sedang dan telah diusahakan.

Adalah diharapkan agar Tabung Dana Bloggers Perak mampu capai matlamat RM100 ribu sebelum PRU13. Kemana dana ini akan digerakkan ?

1) 30% akan digunakan untuk membantu pekerja-pekerja parti dalam Pakatan Rakyat melalui sumbangan tunai ketika pilihanraya yang mana akan disalurkan ke setiap Unit Peti Undi dan Kawasan/Cabang.

2) 30% lagi akan digunakan sebagai membiayai gerak kerja semua bloggers PAS dan PR yang bernaung dibawah Sekretariat Bloggers PAS-PR Perak ketika pilihanraya kecil mahupun Umum. Sehingga kini, 28 bloggers telah didaftarkan dibawah Sekretariat. Adalah diharapkan kepada mana-mana bloggers PAS atau Pakatan Rakyat agar dapat memberikan butiran dibawah untuk proses kemaskini dan pengurusan.
i) Nama penuh
ii) No. Kad Pengenalan
iii) Nombor Ahli Parti (PAS, Keadilan)
iv) Alamat blog/website
v) Email dan nombor telefon untuk dihubungi
InsyaAllah, sekiranya capaian RM100 ribu itu dapat dikumpulkan, dan seramai 40 bloggers pula dapat diuruskan di bawah Sekretariat, maka setiap bloggers akan diberikan perbelanjaan saku sebanyak RM750 setiap seorang ketika berlakunya pilihanraya. Kadar ini bergantung kepada jumlah semasa wang Tabung.

3) 10% lagi akan digunakan buat perbelanjaan mengurus dan logistik, Pusat kemudahan media untuk bloggers ketika pilihanraya.

Maka dari itu, saya menyeru kepada semua pembaca dan penyokong parti Pakatan Rakyat agar dapat membantu pihak kami di Sekretariat yang ditubuhkan ini agar usaha mengumpul dana melalui jualan album ini sebagai satu projek sulung dapat dijayakan dengan baik. Beli sambil berinfaq.

Album ini dijual pada harga RM19.90 seunit termasuk belanja pos seluruh semanjung Malaysia. Sekiranya tuan-tuan mendapatkan melalui agen samada secara persendirian atau melalui jualan terus di tapak ceramah atau di majlis keraian Pakatan Rakyat, harganya hanya RM15 seunit.

Kepada sahabat dan pembaca yang ingin menjadi pengedar bebas jualan AMAL album ini boleh hubungi terus pihak Sekretariat untuk perundingan lanjut, atau :
(bagi kawasan KL, Selangor, Neg. Sembilan, Melaka, Kelantan T'ganu, Pahang dan Johor) sila berurusan dengan :
Saudara Q-Har (Artis) : 019-3888127
En. Mohd Kusman (PR) : 019-2355441

(bagi kawasan Utara, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang) dan BELIAN SECARA ONLINE sila hubungi terus :
Blogger albanjari : 012-4026129
(*) Belian album ini boleh dibuat secara Online :
i) Bank in bayaran ke akaun Mayban2U (1584 1702 1317) atau CIMB (0206 0040624 528) sebanyak RM20 ( baki 10 sen akan dipulangkan bersama dvd yang akan dikurierkan kelak) dan smskan ke 012-4026129 atau emailkan slip transaksi bayaran ATM/online yang telah dibuat ke albanjari_online@yahoo.com
ii) Proses penghantaran - dalam tempoh 3 hari.
iii) Semua penghantaran akan menggunakan khidmat syarikat kurier.

Dapatkan album Amal ini sekarang ! Tempahan secara online telah dibuka. Kepada yang berminat untuk memasarkan album ini juga diminta menghubungi nama-nama diatas untuk urusan lanjut. Terima Kasih.

Sumber : Al-Banjari Online

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...