
Walaupun ada yang kata dia pi luar negara tu cuma menghabiskan duit rakyat, tapi sebenarnya dia kata, dia buat semua tu untuk kebaikan Malaysia. Ingat senang ka boleh makan sekali dengan wanita pertama Arab Saudi.
Cuma bloggers macam Tukartiub ja suka kutuk dia. Sampai hati dia kata nak jadi gempa bumi. Walaupun memang badan dia debab tapi hati dia baik.

Sampai macam tu pun ramai lagi yang dok kutuk dia. Siap ada yang sanggup buat video khas kata dia buat amalan kurafat, tajuk pun bunyi seram, Rosmah Puaka.
Dalam pada tu dia bukan setakat suka pi melancong kota-kota besar dunia, dia pun ada pi Makkah buat umrah. Bukan sapa-sapa taja, tapi atas perbelanjaan negara pasai ikut rombongan PM. Siap keluar lagi gambar dia pakai tutup aurat tengah buat tawaf. Tu pun ada yang kata dia tak islamik lagi. Dia bukan takmau tutup aurat kut, cuma tak sampai seru ja lagi tu. Bila dah sampai seru nanti pandai la 'orang tutup aurat'.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash