Puncanya pasai para pengimpot ikan bumiputera kalau tak silap aku, akan boikot untuk import ikan dari luar sebagai bantahan kepada peraturan baru yang mewajibkan para pengimport ikan menggunakan tong berinsulasi tinggi. Depa bantah pasai pada depa harga kotak ikan berinsulasi tu tinggi dan depa tak mampu nak tanggung.
Hari ni bernama melaporkan:
ASIN, 28 Feb (Bernama) -- Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) hanya dikenakan kepada pengimport ikan dan ia tidak melibatkan nelayan tempatan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.Selain tu bernama jugak melaporkan:
Beliau berkata tujuan penggunaan KIBFG ialah bagi memastikan ikan yang diimport dalam keadaan segar dan berkualiti tinggi.
"Dalam kotak ini ada mikrocip, kita gunakan (mikrocip) bagi memudahkan pihak penguatkuasa untuk mengetahui maklumat KIBFG seperti kandungan dalam kotak itu dan pemiliknya, ini akan memudahkan jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Jasin di sini, pada Ahad. - bernama
Menurutnya kotak ikan berinsulasi yang hanya dibekalkan KF Marketing Sdn Bhd di pasaran mencecah RM105 setong bagi saiz 30 liter manakala tong ikan plastik saiz sama yang digunakan sekarang ialah RM28 seliter.Walau apa pun, akhirnya pengguna jugak yang terpaksa tanggung semua tu. Natijahnya, ikan akan kurang dan yang tentunya harga akan meningkat. Nasib laa.. selagi Umno BN masih memerintah, terima ja laa....
Harga kotak ikan ini begitu mahal dan membebankan pemborong atau pengimport ikan kerana sebuah syarikat pengimport ikan memerlukan antara 30,000 dan 60,000 kotak ikan dan kosnya amat tinggi, katanya.
Jika arahan ini dilaksanakan akan memaksa pengimport memindahkan kos pembelian kotak ini kepada pengguna yang mengakibatkan kenaikan harga ikan.
Yusoff berkata hampir 1,000 tan ikan dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia setiap hari bagi menampung keperluan tempatan dan separuh daripadanya dihantar ke Lembah Klang. - bernama
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash