Geng baju kuning bila lagi nak buat demo? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 25, 2010

Geng baju kuning bila lagi nak buat demo?

Bernama melaporkan
BANGKOK, 24 Feb (Bernama) -- Kumpulan baju merah akan mengadakan perarakan besar-besaran yang dijangka disertai sejuta penyokong Thaksin di bandar ini pada 14 Mac bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk membubarkan parlimen.

Pemimpin barisan hadapan bersatu untuk demokrasi menentang diktator (UDD) Nutthawut Saikue berkata penunjuk perasaan akan datang dari segenap pelusuk negara mulai 12 Mac.

Mereka merancang mengadakan demonstrasi di padang besar di Sanamlaung, berhampiran Mahkamah Agung, di sini, awal pagi 14 Mac, katanya pada sidang akhbar di sini.

"Kami rancang protes itu kerana kami mahu kerajaan membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum. Saya yakin kami akan menang kali ini," katanya.

Nutthawut berkata penunjuk perasaan akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perarakan besar-besaran itu walaupun kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. - Bernama 
Tu cerita demo baju merah di Thailand. Macamana pulak cerita Geng Baju Kuning ke Malaysia ni. Dulu ada dengar ada Bang Mat Sabu kata masa ceramah yang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) akan buat lagi sekali himpunan raksaksa tapi taktau lagi bila. Himpunan Bersih kali pertama dibuat pada 10 Disembar 2007 dengan jayanya.
 
Sebagai ingatan balik, tuntutan 'jangka pendek' Bersih adalah :
i. Penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda;
ii. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
iii. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
iv. Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
Kalau kita tengok lepas tsunami 2008, pimpinan Barisan Alternatif/Pakatan Rakyat nampak macam dah lupa dengan Bersih. Masing-masing lebih sibuk dengan 'harta ghanimah'. Padahal tuntutan Bersih satu pun belum tertunai lagi!!!


Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...