Adun Titi Serong kemalangan di Bukit Berapit | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 25, 2010

Adun Titi Serong kemalangan di Bukit Berapit

Mengikut sumber dari blog Sisi Bukit dan Ust Misbah, YB Ust Khalil Lim terlibat dalam kemalangan berhampiran Bukit Berapit.
Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping.

Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Ust Misbah
http://infotambahan.blogspot.com/2010/02/yb-khalil-idhamkemalangan.htmlKatanya depa dalam perjalanan nak ke satu program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan kemudiannya ceramah perdana di Air Kuning, Tapah malam ini.

Walau apapun yang pentingnya dia dan pemandunya selamat. Yang lebih penting lagi, alhamdulillah, tak perlu ada PRK di Titi Serong dan mintak-mintak la kedua-dua YB Pas tempat aku ni panjang umur dan sentiasa sihat selalu.

Tapi yang menariknya kalau tak salah aku, pemandu dia tu orang baru, maksud aku baru sangat kerja dengan dia. Bahkan kalau tak salah aku, trip ke Tapah tu adalah yang pertama sekali. Kira macam 'test drive' laa. Bila dah accident tu tak tau la 'test drive' tu kira lulus ka dak.







Gambar dari blog PasForAll

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...