Pakatan Rakyat patut puji Fairuz | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 01, 2010

Pakatan Rakyat patut puji Fairuz

Pada aku, tak banyak sikit, Fairuz ni patut dipuji. Bukan puji pasai masuk Umno, tapi puji pasai dia masuk Umno dalam keadaan 'bersih'. Maksud aku dia tak keluar Pakatan Rakyat sambil tinggalkan 'taik'. Dia tak lompat macam beberapa ekor katak di Perak ni, yang mengakibatkan Pakatan Rakyat Perak tumbang dengan sokongan pihak istana dan kemudiannya mahkamah.

Kurang-kurang pun dia masih boleh dilihat berperinsip. Dia tak khianat kepada rakyat Dun Penanti yang pilih dia dulu. Dia letak jawatan sebagai Adun. Padahal kalau masa tu dia lompat masa tu, dah tentu-tentu dia dapat habuan yang mungkin lebih besar dari 'katak-katak di Perak dulu tu dapat bila depa lompat keluar.

Masa PRK Penant pun dia tak lompat, padahal masa tu 'saham' dia tentu masih tinggi. Lepas tu pulak masa PRK Permatang Pasir pun dia tak lompat. Dia dilihat masih berperinsip, tak dilihat khianat kepada rakyat Permatang Pauh terutamanya.

Tak kira la apa sebenarnya yang jadi disebalik tu, yang jelasnya dia tak ujudkan persepsi yang tak elok masa saat genting 2 PRK tu. Malah dia ambil masa hampir setahun lepas dia letak jawatan sebagai Adun Penanti, baru dia lompat masuk Umno. Bukan setakat tu, dia buat keputusan masuk Umno lepas lebih dua minggu dia dibebaskan oleh SPRM.

Kalau tanya penyokong Pakatan Rakyat aku rasa hampir semua suka dia masuk Umno. Ataupun sekurang-kurangnya langsung tak heran dia masuk Umno.

Apa pun, aku masih tetap mushkil, pasai apa dia pilih masa ni untuk masuk Umno. Aku sebenarnya langsung tak percaya dia apa yang aku tulis kat atas tu. Kalau dia jenih berperinsip, mana boleh dia masuk Umno. Pasainya pada aku orang yang masih sokong Umno ni cuma ada 2 golongan saja. Yang pertama jenih yang nak ligan benda dan kuasa. Yang kedua jenih yang suka mengangguk dan malas berfikir.

Langsung aku tak percaya bila Najib kata
...bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu mengambil keputusan atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran. - BHarian
Masti ada udang disebalik batu punya.


Media Pengiklanan Baru 

Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...