Aku tak pasti sama ada benda ni pernah penceramah Pas cerita atas pentas ceramah tapi yang pastinya aku tak pernah dengar. Standard laa, masa ceramah aku bukannya dengar ceramah. Pasai masa ceramah aku biasanya akan lepak kat 3 tempat, samaada kat gerai bihun sup Bang Noq atau kat depan pintu masuk dengan geng Unit Amal ataupun kat penjuru-penjuru mana bersembang dengan member-member yang cuma boleh jumpak masa ceramah. Dengar ceramah jarang sangat, kecuali kalau terdengar isu yang menarik perhatian aku. Yang nyatanya aku memang tak pernah dengar cerita ni di tempat ceramah.
Masa sembang kat kedai kopi pun tak pernah timbui isu ni. Malah masa mesyuarat dan usrah yang sekali-sekala aku pi pun tak pernah berbangkit cerita ni. Aku tak kata takdak, tapi sebelum Zambry MB Mahkamah bangkitkan cerita ni aku memang takdak maklumat langsung pasai ni.
Kalau betui benda ni memang jadi amalan Kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya selama setahun di Perak, pada aku Pakatan Rakyat memang layak kalau aku kata 'bangang politik'.
Macamana aku tak kata bangang, bila isu yang cukup besar macam ni depa boleh buat diam. Depa boleh buat macam takdak apa-apa padahal pada aku isu ni cuku besar, paling kurang pun ini antara 'manifesto tak bertulis' yang Pas perjuangkan sejak lama dulu. Tambah pulak kalau Adun BN tu tak hadir mesyuarat, lagi la 'peluru' besar untuk kita
Sekurang-kurangnya masa lepas PRU12 tahun 99 bila Pas memang di Dun Titi Serong, isu Adun Pembangkang tak dilantik dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah memang selalu kita mainkan.
Kalau kita bandingkan dengan isu penganugerahan tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru di Perak, aku yakin hampir semua rakyat Perak tau pasai isu ni memang dimainkan sungguh-sungguh oleh Umno BN dan memang bagi kesan yang sangat hebat.
Kalau cerita ni kita mainkan sungguh-sungguh dulu sekurang-kurangnya penyokong pakatan rakyat dengan mudah boleh kata Zambry bangang, tak perlu tunggu Adun Pakatan Rakyat Perak buat sidang media.
Aku rasa la, mungkin banyak lagi yang Pakatan Rakyat dah buat khususnya di Perak yang ramai penyokong macam aku pun taktau, rakyat bawahan lain lagi la saheh taktau.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash