Bloggers Pas tu mestilah pulak paling kurang bertindak macam Harakahdaily, berperanan sebagai saluran untuk bawa cerita dan berita yang 'baik-baik' tentang Pas. Mesti bertanggungjawap kepada Pas dan Pas boleh dipertanggungjawapkan dengannya. Secara mudahnya mungkin boleh dikata sebagai 'saluran tak rasmi Pas'.
Macam hasrat dan saranan PJ Pas Perak masa Konvensyen Blogger Pas pada Sabtu, aku tak nampak apa yang aku tulis selama ni selari dengan hasrat dan saranan dia. Kalau nak ikut semua macam yang dia hasrat dan sarankan tu, aku rasa aku kena pi mengaji lain, kena kerap pi usrah, kena kerap pi tamrin, kena kerap pi mukhayyam dan lepas tu kena buat blog lain. Mungkin aku kena daftar masuk ILHAM.
Memang pun tak sesuai blogger yang selalu menghentam Pas boleh dikira sebagai blogger Pas. Takkan blogger yang selalu buka pekung di dada Pas diiktiraf sebagai 'Blogger Pas'. Langsung tak sesuai. Dan aku memang nak dikategorikan macam tu, blog yang 'suka menghentam Pas dan pimpinan Pas'. Kalau aku tak puas hati dan aku rasa wajar aku belasah aku akan belasah.
Aku memang nak blog aku jadi macam yang aku tulis kat sini. Jadinya label 'Blogger Pas' langsung tak sesuai untuk aku. Paling habih pun hanya boleh masuk kategori 'Blogger Ahli Pas'.
Aku lebih selesa jadi sekadar 'blogger ahli Pas' pasai aku nak sangat artikel-artikel macam ni keluar dari blog. aku yang sangat tak sesuai keluar dari blog 'Blogger Pas'. Ataupun artikel yang menyanggah kenyataan macam ni yang aku kurang setuju.
Lagi tak sesuai untuk jadi 'Bloggers Pas' bila sekali sekala keluar gambar yang ada unsur-unsur macam yang kat bawah ni yang aku pun tak setuju kalau keluar dalan blog 'Bloggers Pas'.
Aku pun teringin jugak nak bubuh iklan 'ubat kuat' yang aku rasa kurang sesuai kalau keluar dalam blog 'Blogger Pas', tapi nak buat macam mana, takdak yang nak bubuh iklan kat sini, sapa yang teringin nak bubuh iklan kat sini kalau setakat hits sehari seribu pun tak sampai.
P/s. Aku sebenarnya 'tak berapa nak' teringin nak pi Konvensyen Blogger Pas hari tu, tapi bila teringatkan kawan-kawan macam Cyberboron dan Dr. Wahab tu yang aku rasa aku patut pi. Ditambah pulak pasai aku cukup 'kenai' Wak Banjari'.
Wak!! Lain kali kalau nak aku terlibat sama, tolong libatkan aku dari awai, nasib baik 'tok' aku mai jugak tolong akhirnya, kalau tak buat malu jaa... Lagi satu aku nak ingatkan, kalau takmau aku terlibat, jangan buat kat Parit Buntar, aku lagi seronok.)
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash