Ust Idris salah maklumat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 15, 2010

Ust Idris salah maklumat?

mStar melaporkan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf hari ini menafikan dakwaan PAS berhubung draf persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dikemukakan melalui pejabat Perdana Menteri sebelum di bawa ke Parlimen.
"Dakwaan itu tidak berasas sama sekali," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, persempadanan semula bahagian pilihan raya akan hanya bermula pada Mei 2011.
"Persempadanan semula pilihan raya hanya boleh dilakukan lapan tahun sekali mengikut peruntukan Perlembagaan.
"Saya nak tahu juga mana mereka dapat maklumat ini? Kalau betul dakwaan itu, mereka boleh kemukakannya kepada kami," katanya. Kelmarin PAS mendesak SPR mengubah amalan mengemukakan laporan draf persempadanan semula bahagian pilihan raya melalui Pejabat Perdana Menteri sebelum dibawa ke Parlimen. - mStar

Aku tak tau mana Ust Idris dapat maklumat tu, aku harap dari 'perawi yang adil'. Masalahnya kalau betul dari 'erawi yang adil' pun takkan Ust Idris nak dedahkan 'sumber' dia, nanti tak pasal² suber tu pulak kena tindakan pasai aku yakin suber tu dari kalangan 'orang dalam' jugak.

Kalau pun mengikut peraturan, persempadanan semula hanya boleh dibuat Mei 2011, tapi takdak masalah kut kalau dibuat cadangan masa sekarang, pasai tu la depa hantar ke pejabat PM dulu untuk 'semakan'. Lepas tu pejabat PM akan semak dan buat komen dan Spr akan buat ubahsuai berdasarkan komen tu.

Takkan apa yang Spr cadang tu PM ak terima bulat². Pasainya aku rasa Spr takdak makluat penuh kawasan mana boleh sentuh dan kawasan mana tak boleh sentuh. Kawasan mana perlu disentuh. Pasainya kretiria Spr mngkin tak sma dengan kretiria pejabat PM.  Silap buat sempadan nanti, silap² orang kuat pejabat PM boleh 'hilang' kawasan, payah laa..

Lagi satu, aku rasa istilah persempadanan semula tu pun tak berapa jelas. Takkan Mei 2011 tu untuk seluruh Malaysia,sedangkan Kelantan dan Terengganu dah berapa kali pilihanraya tak bertambah pun jumlah Parlimen, mungkin dah beberapa kali 'terlepas' persempadanan semula.


Agak² persempadanan semula selepas Mei 2011 ni, Kelantan dan Terengganu akan dapat Parlimen baru dak?

Yang lawaknya, diakhir berita tu dilaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata
Mengenai dakwaan PAS yang mempertikaikan soal integriti SPR, Aziz berkata: "Kita sememangnya sebuah badan yang bebas, jadi kenapa kita perlu merujuk kepada mana-mana pihak untuk dapatkan kelulusan dalam apa-apa perkara yang kita laksanakan.
Dia ni pengerusi Spr negara mana?

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...