Gereja Kota Tinggi pulak kena | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 14, 2010

Gereja Kota Tinggi pulak kena

Bernama melaporkan
KOTA TINGGI, 14 Jan (Bernama) -- Sebuah gereja katolik, St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di sini, dilempar cat merah yang dipercayai berlaku awal Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohamed Sebot berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Terdapat tujuh kesan dua jenis cat merah di gereja itu termasuk di pintu pagar utama, pintu masuk hadapan dan bahagian perkarangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Osman berkata individu yang terlibat dalam kejadian itu didapati memasukkan dua jenis cat merah berkenaan ke dalam tujuh bungkus plastik sebelum melemparkan ke gereja tersebut, sama ada dari bahagian hadapan pintu pagar utama atau dari tepi.

Beliau berkata polis turut menemui dua tong cat, satu cat merah dan coklat, yang ditinggalkan di dalam longkang di luar pagar gereja itu.

Berdasarkan sebahagian cat yang masih basah, Osman berkata pihaknya percaya kejadian itu berlaku antara pukul 6 hingga 7 pagi tadi dan dilakukan oleh lebih daripada dua individu.

"Kita tidak mahu membuat spekulasi dan sedang menyiasat motif kejadian ini termasuk mengesan saksi kejadian. Mana-mana orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil membuat laporan ke balai polis," katanya. - Bernama




Bila la polis nak mula buat tangkapan ni. Kalau betui dah ada wajah dalang tu tangkap ja laa.. Takkan statement tu semata-mata sebagai 'saiko' nak takut²kan orang ja.

Takkan tak habih² lagi siasat. Atau mungkinkan 'wajah dalang' tu polis tak dapat cari, macam polis tak dapat cari Ayah Pin yang sampai la ni pun belum dapat ditangkap lagi.

Mungkin polis nak tunggu ada surau atau masjid pulak yang kena lontar dengan cap merah pulak lepas ni. 

Ataupun mungkin 'kesan' mainan isu ni belum betul² menguntungkan Umno BN.

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...