Nak lagi cantek kalau dapat bagi maklumat berapa dah setakat ni kos yang telah dibayar kepada Hospital Mount Elizabeth, Singapura tapi juga kos-kos lain temasuk kos penginapan dan kos perjalanan yang terpaksa kerajaan kelantan bayar.
Jugak kalau boleh nyatakan jugak berapa kos rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sehari berbandng rawaran di Hospital Kuala Lumpur.
Jugak kalau sapa-sapa ada maklumat tolong bagi tau apa kelebihan yang ada di Hospital Mount Elizabeth, Singapura yang tak ada di Hospital Kuala Lumpur. Takkan terus sangat kualiti hospital kita.
Nik Aziz: Pakar syor Sultan Kelantan dirawat di HKL
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Jan 4 — Panel enam pakar dari empat pusat perubatan tempatan merumuskan keadaan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra adalah stabil untuk membawa pulang baginda ke Malaysia bagi tujuan rawatan lanjut.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu perkara itu selepas merujuk laporan panel bertarikh 24 Dis lalu.
“Panel tersebut mengesyorkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai hospital paling sesuai untuk meneruskan rawatan Tuanku Sultan.
“Kerana hospital itu mempunyai tenaga pakar, ahli-ahli terapi, peralatan yang mencukupi dan tempat yang sesuai,” kata Nik Aziz merujuk laporan panel di pejabatnya hari ini.
Pakara-pakar itu adalah dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Institut Jantung Negara dan HKL.
Nik Aziz berkata, berdasarkan kepada laporan tersebut buat masa ini Sultan Kelantan masih tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki, kurang daya penglihatan serta percakapan terjejas.
“Baginda diberi makanan melalui tiub di perut. Baginda menerima rawatan intensif dari segi ubat-ubatan, fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan.
“Hasil daripada rawatan itu menunjukkan kemajuan positif,” katanya.
Sebelum ini Nik Aziz mengumumkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju memohon Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra memindahkan Sultan Ismail Petra bagi mendapatkan rawatan lanjut dalam negara.
Sehubungan itu kerajaan negeri bagaimanapun menunggu keputusan perubatan baginda sebelum langkah seterusnya diambil.
Sultan Ismail kini dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lepas.
Menurut Nik Aziz, baginda perlu diberi rawatan intensif di hospital yang mempunyai kepakaran ahli-ahlib terapi terlatih dan mahir serta mencukupi dengan kelengkapan peralatan di samping tempat yang sesuai.
Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengulangi hasrat kerajaan negeri supaya Sultan Kelantan dibawa pulang untuk mendapat rawatan di hospital dalam negara. - Themalaysiannsider