Mesti ada hujjah depa sampai depa 'berani' bagi konsesi balak sebesar tu. Takkan saja-saja bagi kawasan sebesar tu. Takkan masa tu takdak syarikat lain yang mintak konsesi. Takkan takdak syarikat lain yang boleh membalak masa tu.
Lepas tu pasai apa pulak boleh dibatalkan konsesi tu. Takkan sebelum pembatalan tu takdak perbincangan langsung dengan syarikat Timbermine. Takkan Penasihat Undang-undang Negeri taktau undang-undang sampai buat tindakan yang orang boleh saman, menang pulak tu.
Mesti ada cerita lain. Sampai hari ni aku belum jumpa cerita penuh yang aku boleh pegang disebalik penganugerahan konsesi tu. Yang aku jumpa pun cuma rawi dari Kickdefella yang pada aku, dia la ni dah bertaraf 'daif' kalaupun mungkin tak sampai tahap 'palsu'.
Ustaz Asri Muda masa Muktamar Khas waktu krisis masa Pas masih dalam BN, ada keluarkan satu kenyataan 37 mukasurat yang antara lain menyebut
Perkara ini telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan. Keputusan telahpun diberikan. Selain daripada mengakui bahawa tanah tersebut bukan digadai, Mahkamah juga telah melanggar (mendedahkan?) beberapa syarat-syarat perjanjian yang memungkinkan Kerajaan Negeri boleh membatalkan perjanjian itu, sekiranya pihak syarikat me-langgarnya, tanpa melibatkan ganti rugi dan sebagainya.
Pada mulanya syarikat ini telah menjalankan usaha mereka dengan baik. Akan tetapi selepas beberapa waktu mereka telah menghadapi berbagai masalah di mana mereka telah melanggar beberapa syarat-syarat perjanjian dengan Kerajaan. Dengan hal yang demikian pihak Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Ishak Lotfi telahpun membuat rancangan bagi menarik balik kawasan tersebut.
Usaha ini telah diteruskan selepas pilihanraya 1974 dan EXCO negeri Kelantan di bawah pimpinan Datuk Haji Muhammad bin Nasir telah pun membuat keputusan menarik balik kawasan tersebut TANPA SEBARANG GANTIRUGI. Di samping itu satu kawasan seluas 30,000 ekar dari kawasan itu telah pun disediakan untuk FELDA.
Kenyataan akhbar telah pun dikeluarkan oleh Datuk Mohammad bin Nasir sendiri pada tahun 1975 dan kesemua pihak khususnya PAS telah menyokong tindakan itu. Pe-muda PAS Negeri Kelantan telahpun menyuarakan sokongan penuhnya kepada tindakan itu.
Tetapi sebelum sempat keputusan EXCO itu dilaksanakan, Allahyarhamhu Tun Abdul Razak telahpun meminta supaya Kerajaan Negeri Kelantan berunding untuk membayar saguhati kepada syarikat tersebut bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan di Mahkamah.
Pihak EXCO Kelantan pada awalnya tidak setuju untuk berbuat demikian, akan tetapi bagi menjaga hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya telah bersetuju berbuat demikian. Sesudah berunding beberapa lama maka saguhati sebanyak S3.5 million telah diberikan kepada Timbermine dan wang ini telah dipinjamkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan.
Manakala ini dilaksanakan, secara mendadak Datuk Haji Mohammad bin Nasir bersama-sama dengan beberapa orang tokoh-tokoh UMNO Kelantan telah mengisytiharkan kepada rakyat bahawa beliau telah menebus kawasan balak yang telah 'DIGADAI' oleh pemimpin-pemimpin PAS. Maka timbullah kembali 'Senjata sulit' UMNO yang pernah mereka gunakan dulu. Cuma kali ini diambil alih peranannya oleh orang PAS sendiri, Datuk Haji Mohammad bin Nasir namanya. Bukan itu saja; bahkan dituduh pula bahawa orang-orang PAS menentang rancangannya mengambil kembali kawasan tersebut. Bukankah ini suatu penipuan sejarah namanya? - Kenyataan sepenuhnya
Aku harap Kerajaan Pas Kelantan boleh keluarkan satu "Kertas Putih' yang menjelaskan kronologi sebenar isu ni. Sekurang-kurangnya cerita dari persepsi Kerajaan Pas Kelantan sekarang.
Media Pengiklanan Baru