Program Hj Nizar 24 Jan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 23, 2010

Program Hj Nizar 24 Jan


 (poster program)
Alang-alang dah  publish poster ceramah ni, aku nak komen sikit la dengan poster ni.  Dari segi nak menyampaikan maklumat pada aku memang lulus. Font besar, ada gambar, butiran program pun lebih ditonjolkan cumanya ada beberapa benda yang tak berapa nak kena.

1. Kalau aku kata Pas Pt Buntar tak iktiraf Hj Nizar sebagai MB Perak yang sah, depa tentu marah punya. Tapi cara depa tulis nama dia tu memang macam dia bukan MB Perak yang sah. Sepatutnya kena guna Yang Amat Berhormat (YAB) bukannya Yang Berhormat (YB) yang boleh diguna untuk wakil rakyat biasa.

2. Bab protokol pun tak berapa nak kena. Nama Hj Nizar kemudian nama Dr.Mujahid tu betul dah. Antara Yunus dengan Pakdin takkan Yunus lebih tinggi. Yunus tu Adun biasa ja tapi Pakdin tu Exco, patutnya nama Pakdin lebih atas, Takkan pasai buat kat Dataran Keadilan nak kena bubuh nama Yunus atas sikit kot. Tapi yang aku paling herannya, sapa pulak si Richard Wong tu. Kalau taiko besar mana pun, dari segi protokol nama ia kena letak kat bawah.

3. Yang akhir ni patutnya takdak masalah apa-apa, cumanya aku sikit mushkil ja, tiba-tiba Lajnah Perpaduan Nasional dan Kelab Penyokong Pas Parit Buntar dah pandai 'terbitkan' program ceramah. KAlau programlawatanke Kelantan tu memang selalu depa dok buat. Apa pun memang elok sangat la, depa semakin aktif 'buat kerja' pasai "pihak musuh pun buat kerja jugak".

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...