Mesti terkejut beruk Bloggers pencacai Umno!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 26, 2010

Mesti terkejut beruk Bloggers pencacai Umno!!

Bernama melaporkan
Tiada Tindakan Terhadap Penulis Blog Yang Mohon Maaf: Rais

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. --BERNAMA 
Sebelum tu bernama ada melaporkan
Penulis Blog Hina Almarhum Sultan Johor Direman Empat Hari

KOTA BAHARU, 26 Jan (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini pada Selasa memerintahkan seorang penulis blog, yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Azrol Abdullah bagi membolehkan lelaki berusia 29 tahun itu disiasat oleh polis berhubung artikel di blognya 'adukataruna.blogspot.com.' baru-baru ini.

Suspek berkenaan, yang bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Negeri Sembilan, dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat polis pada pukul 9 pagi dan dilihat keluar dari mahkamah 10 minit kemudian.

Pada Isnin, suspek, yang dikenali dalam blognya sebagai Aduka Taruna, telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu pada pukul 4.40 petang.

Berikutan artikel itu, sekurang-kurangnya 25 laporan polis dibuat terhadap penulis itu dan kemudian penulis itu menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik artikelnya. -- BERNAMA
Aku pun tak pasti apa sebenarnya status dia la ni. Kalau ikut maklumat kawan-kawan, dia ni dalam perjalanan ke Bukit Aman.

Mungkin jugak takdak apa-apa pendakwaan dari pihak SKMM tapi tak tak mustahil ada tindakan pendakwaan dari pihak-pihak lain berdasarkan banyak laporan polis yang dah dibuat.

Cumanya aku cuba nak membayangkan, macamana raut muka Bloggers pencacai Umno masa baca berita  ni.Mungkin sama macam muka berut bila terkejut kut. Aku cukup yakin, mesti berbakul-bakul keluar dari mulut depa maki kat menteri ni. Habih la semua nama barang mak dan barang pak depa depan belakang jadi kata makian.

Setakat masa aku post entry ni masih belum ada apa-apa entry dari mana-mana blogger pencacai Umno dalam bloglist aku yang ulas pasai kenyataan dari Rais Yatim.

Teringin jugak aku tengok macamana rupa si Gomo kalau dia maki Rais Yatim. Agak-agak dia berani ka?

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...