JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.Suka-suka ja tulis apa yang dia suka, pada hal terang-terang dalam rata blog tulis si Aduka tu pi serah diri kat balai polis. Siap ada gambar kat ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu lagi.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.- Bharian
Aku rasa si Azida ni memang jenis meluat nak bukak blog yang tak sokong kerajaan. Lepas tu pulak saja-saja suka-suka reka cerita sendiri. Kalau dalam mahkamah laporan dia ni boleh dikira 'mala-fide'. Kalau berita ni la yang keluar dalam edisi cetak, boleh bayangkan berapa ramai orang yang takdak internet yang akan ditipu.
Kalau si Aduka saman agak-agak boleh dapat berapa? Tak payah sejuta, RM150,000.00 macam yang YB Mahfuz pernah dapat pun ok dah. Takat nak bukak cawangan baru kedai makan kat Johor pun boleh.
Berkaitan
Terkini : Aduka Taruna diperintah tahanan reman sehingga 29hb. Januari, 2010. Berita selanjutnya akan menyusul.- Perisik Rakyat
Kemaskini 1:18PM : Dalam masa yang sama, peguam-peguam AT sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa laman web dan media perdana yang menyiarkan maklumat palsu tentang Penangkapan AT. AT tidak diberkas seperti yang didakwa tetapi menyerah diri dengan rela dan berjanji memberi bantuan sepanjang siasatan dijalankan. - Aduka Taruna
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash