Polis Malaysia pemalas atau penakut | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 11, 2010

Polis Malaysia pemalas atau penakut

Pada aku Polis Malaysia memang layak dipanggil samaada pemalas atau penakut kalau gunakan ISA tahan orang yang terlibat dalam insiden bakar gereja.


Aku kata pemalas pasai kalau guna ISA tak payah nak susah² buat dakwaan di mahkamah. Lepas tu pulak kena turun naik mahkamah dan nak kena bersoal-jawab dengan peguam bela. Nak kenajugak sediakan kertas siasatan dan cari bahan bukti.

Kalau bukan pemalas mungkin penakut. Taku nak hadapi kemungkinan apa yang terjadi kalau dibuat tangkapan. Biasa la kalau ada tangkapan akan ada pihak yang tak puas hati yang mungkin akan buat 'tindakan susulan'.

Mungkin kut depa takut mana tau, puak-puak yang marah 'orang depa' yang ditangkap sebagai suspek mungkin akan bakat balai polis pulak kut. Takkan la sampai tahap depa yang berkenaan nak berani sampai pi bakar balai polis pulak...

Mungkin jugak ada pasai lain, mungkin pasai tak cukup anggota, nak jaga ceramah Pas saja dah kena berapa orang satu tempat ceramah, nak kena 'stand-by' kalau Pemuda Pas buat demonstrasi lagi, memang tak cukup anggota polis la ni.

    Keselamatan Semua Terjamin: Hishammuddin 
    Published: Jumaat Januari 8, 2010 MYT 3:23:00 PM 
    KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini malah sedia menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalangnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, kerajaan menjamin keselamatan seluruh rakyat termasuk warga asing yang berada di negara ini. "Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga membangkitkan rasa bimbang. "Saya jamin keselamatan bukan hanya kaum minoriti tetapi sesiapa pun di Malaysia termasuk warga asing. Keselamatan adalah teras tanggungjawab dalam urusan kementerian berkenaan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini. Beliau berkata, polis akan memastikan tahap keselamatan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Beliau mengulas mengenai tiga insiden cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara. "Ini bukan hal politik dan ini juga bukan hal peribadi tetapi melibatkan keselamatan dan jika terpaksa dan keadaan menjadi lebih teruk kita tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk ISA. "Tindakan itu juga termasuk mereka yang melakukan demonstrasi yang boleh mencetuskan kekacauan. Ini penting dalam memastikan tiada sesiapa bertindak mengikut emosi," katanya. Mengenai isu penggunaan kalimah Allah, beliau berkata: "Pemimpin negara telah berjumpa dengan ulama dan pihak gereja untuk menerangkan dan berbincang mengenai isu tersebut. Ia adalah satu pendekatan yang bijaksana untuk memastikan keselamatan negara tidak tergugat,". Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kawalan keselamatan di gereja di seluruh negara dipertingkatkan dengan polis mengadakan rondaan yang lebih kerap. "Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya. Beliau berkata, insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut. Katanya, berikutan itu berlaku kebakaran yang mengakibatkan kerusi dan buku-buku agama di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu musnah. "Seorang pengawal keselamatan telah menyaksikan insiden tersebut dan kita sedang mengambil keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan terutama untuk mengenal pasti individu terbabit dan motosikal yang digunakan," katanya. Musa berkata, kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi. Beliau berkata, bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam dua-dua gereja itu tidak pecah dan tidak mengakibatkan kebakaran. Hishammuddin turut meminta pihak gereja menghubungi polis atau beliau sendiri jika terdapat ancaman ugutan atau perkara yang mencurigakan berlaku. "Semalam sahaja, saya mendapat satu panggilan telefon kira-kira jam 6 petang daripada pihak sebuah gereja yang memaklumkan mereka menerima ugutan daripada pihak tertentu. "Justeru saya menasihatkan kepada semua pihak gereja untuk membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi saya di talian 019-2823701 agar kita boleh bertindak segera," katanya. Sementara itu, Musa berkata, polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram. Katanya, polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis-penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah Akta Hasutan. - BERNAMA
Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...