Sebungkus meggi potong dua? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 10, 2010

Sebungkus meggi potong dua?

Bila aku baca kat sini dan kemudian sambung baca kat sini, aku tumpang kesian ka budak-budak sekolah yang duduk ka asrama. Sebelum ni pernah dengar isu ni depa sembang kat surau tapi aku ingat cuma untuk asrama sekolah harian ja. Aku ingatkan untuk budak-budak sekolah biasa yang duduk kat asrama, jadi takdak masalah sangat la kalau nak kena balik tiap minggu pun. Rupa-rupanya bukan takat sekolah harian, sekolah asrama pun sama.

Memang betui la macam Pak Bakar tulis, lepas ni lagi ramai la anak-anak orang miskin yang akan tolak tawaran masuk asrama penuh. Jangan heran kalau lepas ni ramai anak-anak orang susah yang 'berjaya' tinggal di asrama penuh, berhenti sekerat jalan.

Bagi yang tak pernah rasa keadaan depa mungkin akan senang-senang kata takdak masalah pasai ada biasiswa. Depa yang cakap macam tu sebenarnya tak faham nilai sebenar biasiswa pada budak-budak miskin yang memang sebenar-benarnya tak cukup.

Aku rasa kalau perlu 'berlapar' hujung minggu mungkin ada dari anak-anak orang susah tu boleh tahan pasai memang sebelum ni pun mungkin depa dah biasa berlapar. Mungkin depa boleh makan sebungkus meggi potong dua, boleh dua kali makan, cukup la setakat nak menahan pedih perut. Yang aku khuatir keadaan tu akan lebih menekan anak-anak orang susah tu dari segi mental dan pembinaan sahsiah diri. Cuba bayangkan kalau masa tu ada yang hilang duit, cuba bayangkan apa kemungkinan yang akan terjadi....

Dalam keadaan Umno bermewah menganjurkan program 'Juara Rakyat' yang menelan kos tah berapa puluh juta guna duit rakyat untuk kepentingan parti Umno, tanpa rasa bersalah kerajaan sanggup potong duit makan untuk pelajar miskin yang tinggal di asrama atas alasan kekurangan peruntukan untuk kementerian pendidikan.

Memang jenih tak boleh pakai punya pemimpin. Kalau betui pun takdak duit sangat, potong la peruntukan untuk yang lain dulu, banyak lagi peruntukan perbelanjaan yang kurang penting yang boleh di potong.






Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...