Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.
Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Apa sebenarnya salah Aduka dan tara mana salah dia? Pada aku tahap kesalahan Aduka ni bergantung kepada sistem nilai orang yang menilai entry dia tu. Kesalahan dia adalah kerana menggunakan perkataan yang tak sesuai yang boleh dikata menghina institusi raja.
Biasanya diguna perkataan 'mangkat' bila yang mati tu sultan tapi dia guna perkataan 'mampos'. Memang kalau ikut budaya melayu yang bila dengan sultan kena 'ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun' memang sangat-sangat tak beradap la kalau guna perkataan mampos.
Tapi kalau ditukar perkataan 'mampos' tu kepada perkataan 'mangkat' dan kalau edit sikit lagi akan jadi ayat macam kat bawah ni.
"Dah mangkat buat cara mangkat la. Boleh plak simpanAku bukan la nak membela dia tapi kalau baca ayat kat atas ni, terang-terang menunjukkan dia nak belasah Kerajaan Johor yang melambat-lambatkan pengistiharan kemangkatan Sultan Johor pasai "nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping."mayatjenazah nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mangkat pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid."
Pada aku, yang lagi jelas, terang lagi bersuluh yang menghina institusi raja macam gambar kat bawah ni. Tapi takdak dengar pulak ada dibuat satu pasukan khas. Macam tak pernah berlaku ja kejadian ni padahal satu masa terpampang dalam berita tv.
Lama sebelum tu, di Kelantan lagi hebat, Anuar Musa siap boleh tabal sultan baru sedangkan sultan Kelantan masa tu sihat walafiat.
Takdak tindakan pasai kedua-dua insiden 'menderhaka' tu dibuat dengan lesen dari Umno. Kalau TG Nik Aziz la yang buat kerja tabal menabal tu dah tentu teruk kena punya.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash