Mohamed Nazri berkata sistem undi pos memberi peluang kepada semua anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am yang bertugas di luar negara, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan pasangan masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing tanpa mengabaikan tugas mereka. [malaysiakini]Pada ku memang takdak salah apa-apa kalau mengekalkan tentera, polis dan warganegara Malaysia yang berkenaan sebagai pengundi pos, memang takdak masalah apa-apa. Aku rasa kalau takat istilah dan kreteria pengundi tu pembangkang pun tak perlu bising-bising. Masalah yang selalu bising ni pasai isteri tentera dan polis pun jadi pengundi Pos.
Mohamed Nazri berkata SPR juga tidak bercadang untuk menjadikan isteri atau pasangan anggota tentera dan polis sebagai pengundi awam.Ni lagi satu bangang punya alasan. Apa bezanya isteri tentera dan polis dengan steri pegawai kerajaan yang lain. Depa pun ada bertugas di Sarawak jugak. Kalau depa yang dah ditukarkan ke Sarawak tu masih mengundi di semenanjung maksudnya memang depa tu bangang atau memang jenis tak ambik tau pasai politik.
"Kalau isteri ikut suami (bertugas) di Sarawak dan dia daftar sebagai pengundi di Pengkalan Chepa, tak kan pula dia nak balik ke Pengkalan Chepa untuk mengundi?
"Ini melibatkan kos dan akan timbulkan masalah logistik," katanya. [Ibid]
Apa masalahnya kalau kena tukar ke mana pun. Pi aja la ke mana-mana Pejabat Pos mintak tukar alamat mengundi. Orang lain boleh buat takkan isteri tentera tak bleh buat. Takkan yang tu pun Menteri taktau boleh dibuat, kalau isteri tentera taktau beda tu Menteri la yang bertanggungjawab bagi depa tau.
Beliau turut menafikan dakwaan Abdul Halim bahawa terdapat 2.5 juta nama pengundi yang sudah meninggal dunia di dalam daftar SPR kerana daftar tersebut dikemaskini setiap enam bulan, mengikut senarai kes kematian yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). [Ibid]
Bab ni pun satu hal jugak. Memang betui spt ada buat kemaskini setiap 6 bulan. memang aku pun boleh sahkan memang semenjak prosedur tu mula dibuat tahun 2000, nama orang yang meninggal memang dibuang, tapi masalahnya masih ada yang tertinggal, maksud aku orang yang meninggal sebelum tahun 2000 mash ada yang belum dibuang.
Dalam bab ni aku taktau nak salahkan Spr ka Jpn. Kalau ikut member aku yang kerja dengan Spr memang depa akan buang nama yang meninggal berdasarkan maklumat Jpn. Ada kemungkinan jugak nama-nama tu masih lagi 'hidup' di Jpn, kalau sapa-sapa yang ada access dengan data Jpn tolong clarify isu ni.
Lagi satu, bila aku 'tekan' lebih member Spr tu, dia kata proses tu semua Spr pusat yang buat, Spr negeri taktau apa-apa. Maksud aku ada jugak kemungkinan ada 'tangan-tangan kotor' di Spr pusat yang bekerjasama dengan 'tangan-tangan kotor' di Jpn Putrajaya yang bertindak sebagai ahli 'kelab penyokong Umno BN.'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut membenarkan wakil parti yang bertanding untuk melihat sendiri proses pengundian dan pengiraan undi supaya mereka dapat memastikan sendiri proses itu berjalan dengan adil dan lancar.
"SPR masih berpendapat bahawa sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan seperti mana yang diperuntukkan di dalam Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003," katanya di Parlimen hari ini. [Ibid]
Memang SPR bagi wakil parti tengok proses tu, tapi macam pengalaman di Bagan Pinang, wakil parti cuma boleh sekadar tengok. Tambah pulak ada laporan kata senarai nama yang digunakan tak sama dengan senarai yang Spr bagi, tu yang orang bok hingaq tu. Konon nak bagi nampak telus tapi bagi lebih mencurigakan ada laa. Apa masalah sangat pun kalau proses kat dalam kem tu pun dibuat betui-betui sama macam yang kat luar? Aku ada buat entry pasai ni kat sini dan sini.
Bukan takat benda-benda tu ja, masalahnya banyak lagi isu berkenaan undi Pos ni yang jelas sangat manpak jadi semacam talian hayat untuk Umno BN.
Apa-apa pun aku harap Bang Mat Sabu sebagai pengerusi BERSIH, kena main peranan katif balik. Kena teruskan usaha untuk terus sebagai kumpulan pendesa dalam isu ni dan dalam masa ang sama terus mendidik dan bagi kefahaman kepada seluruh rakyat Malaysia apa sebenarnya masalah kita dengan Daftar Pemilih ni.
Media Pengiklanan Baru