Konvensyen Blogger PAS 2009 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 05, 2009

Konvensyen Blogger PAS 2009


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Konvensyen Blogger PAS 2009. Sehubungan dengan itu, aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.

Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke – penerangan.paspusat@yahoo.com atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Nama
  • No. Ahli Pas
  • No. HP
  • Alamat Blog
  • Email
Tarikh dan tempat program akan dimaklumkan melalui email.

Sekian. Harap Maklum

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber : Blog Ust Idris Ahmad

Komen aku : Bagus la Penerangan Pas Pusat dah terfikir nak buat konvensyen bloggers ni. Memang Pas perlu sangat link dalaman macam ni. Pepatah 'tak kenal maka tak cinta' boleh jadi hujjah yang sangat relevan pasai apa program macam ni sangat-sangat perlu.

Sekurang-kurangnya bila bloggers Pas mendaftar dapat la jugak pihak penerangan pantau blog-blog ni. Kalau perlu bagi 'nasihat' atau perlu 'tindakan susulan' lebih mudah.

Cumanya nak cadang satu makluat lagi, kena mintak jugak kawasan mana untuk lebih memudahkan, pasainya kebanyakan ahli Pas ni bila pindah tak memohon pindah kawasan terutama sekali kalau ahli yang 'mandom'.

Artikel berkaitan
  1. Konvensyen blogger PAS atasi ftnah media baru
Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...