SPRM mahu kes Lingam dibuka semula | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 12, 2009

SPRM mahu kes Lingam dibuka semula

http://keadilanbatu.files.wordpress.com/2008/05/linggam.jpg
KUALA LUMPUR, Nov 12 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan pihaknya akan mendapatkan kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula kes peguam Datuk V K Lingam selepas empat hari ia berhadapan dengan tekanan dan kritikan pelbagai pihak.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video.

Nazri menjelaskan, kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

Bagaimanapun hari ini, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Audit Negara berkata, kebenaran untuk membuka semula kes itu akan diperoleh atas faktor kepentingan orang ramai.

“Saya sedang memikirkan untuk menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk meminta agar kes ini diketengahkan kepada panel ini.

“Kami berminat untuk mengetahui apa yang berlaku demi kepentingan orang ramai,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini. [MalaysianInsider]

Baru-baru ni R Sivarasa membawa Jayanti - yang dikatakan 'saksi utama' yang tidak dapat dikesan SPRM berhubung kes tu ke Parlimen
Sebaliknya, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telahpun mengambil kenyataan saksi tersebut.

"Dan telah diambil kira keterangannya apabila keputusan dibuat oleh bahagian perundangan dan pendakwaan SPRM," kata kenyataan tersebut.

Jayanthi Naidu, yang merupakan antara saksi kes berkenaan, mengakui percutian Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin bersama keluarganya ke New Zeland pada 1990 dirancang dan dibayar oleh Lingam.

Jayanthi ialah bekas setiausaha Lingam sehingga 1995.

Sivarasa membawa Jayanthi ke Parlimen semalam ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut.

Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan. [malaysiakini]
Ni apa cerita pulak ni. Sat kata dah tutup, sat kata nak bukak balik. Kali ni sapa punya skrip pulak depa SPRM main.

Berkaitan
  1. Kenyataan media Pas

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...