Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.Kalau ikut bahasa harakahdaily macam kat atas tu, nampak gayanya lebih menggambarkan yang benda bai'ah tu satu yang tak berapa nak kena, macam salah ja. Jadinya akan adakah yang akan dikambinghitamkan? Adakah akan ada yang bakal dimangsakan esok?
Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.
Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut. [harakahdaily]
TG Hj Hadi sebelum ni ada keluarkan kenyataan yang Majlis Syura nafi pernah minta wakil rakyat Pas lakukan sumpah talak tiga.
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan wujudnya amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati atau keluar parti.[bharian]TG Nik Aziz pulak kata
“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” [harakahdaily]Ust Azizan Razak kata kat kedah takdak benda ni.
Pas Kedah tidak mengamalkan bai'ah yang menyatakan akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat mereka bertindak keluar daripada parti.Masalahnya benda ni mula timbui bila ada bloggers yang pi perjumpaan bloggers dengan Dr. Hasan Ali kata benda bai'ah di sebut dalam program tu. Baru ni Mahaguru58 yang mula-mula dedahkan bab bai'ah ni buatsatu komen dalam blog ,
Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, amalan calon Pas selama ini ialah melakukan bai'ah atau sumpah taat setia bagi memastikan wakil rakyat mereka tidak mengkhianati perjuangan parti. [utusan]
Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri. [baganutama]
Khalid Samad pun mengaku bai'ah tu memang ujud. Yang terbaru, suratkhabar hari ni, bini dia pun mengesahkan memang ada Khalid Samad bagitau dia bab baiah tu.
"Saya tak pernah menghadiri majlis itu, kerana ia adalah rahsia dalaman parti. Saya tidak tahu apakah ungkapan yang dibaca, tapi suami saya memberitahu mereka perlu mengangkat tangan dan melafazkan baiah itu," katanya. [bharian]Tapi bukti yang paling jelas sekali, ada satu bukti video pengakuan wakil rakyat Pas yang ada merata blog penyokong Umno hari ni.
Berdasarkan semua informasi tu dah tentu akan ujud persepsi dikalangan rakyat Malaysia. Aku nak tengok, macamana kaedah yang Pas akan guna untuk urus persepsi ni.
Bagi yang rajin nak baca pasai hukum bai'ah talak 3 ni boleh baca huraian Ust Zaharuddin Abdul Rahman kat sini. Kesimpulannya dia tulis macam ni :
Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz yang dibacakan oleh calon-calon PAS tersebut, justeru sukar untuk memberi komentar samada ia dari jenis sumpah dengan atau dilafaz ta'liq Talaq dengan niat.Apapun, secara peribadi, saya cenderung untuk TIDAK BERSETUJU dengan cara bai'ah yang mewajibkan calon untuk melafaz ta'liq talaq tiga ke atas isteri masing-masing, yang diLAKUKAN OLEH SEBILANGAN PAS DI NEGERI TERTENTU. [Zaharuddin.net]
Media Pengiklanan Baru